Monday, May 5, 2008

Gunung sebagai pasak Bumi

saya menulis blog ini sempena blog bertajuk "Gunung Pasak Bumi" ..
sila klik untuk baca dengan lebih lanjut..

31:10. Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu;

ada lagi beberapa blog yang mencerita kan gunung sebagai pasak bumi..

http://jovheestudio.blogspot.com/2008/01/gunung-sebagai-pasak-bumi.html

http://sukmayana.blog.com/2878520/

Pengalaman menunaikan umrah pada bulan April lalu benar-benar menginsafkan saya dan memberi seribu satu erti kepada diri saya..
semoga saya sentiasa memperbaiki diri dan amalan saya sehari-hari..

semasa di sana, Mutawwif kami menceritakan, Bukit-bukau dan Gunung-ganang merupakan benda pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di Bumi ini..
jadi bukit-bukau dan gunung-ganang merupakan pasak Bumi.

sama seperti apabila kita membina rumah, kita mesti letak "piling" dulu betul tak?
kalau tiada "piling" boleh runtuh itu rumah ooooo.
sama lah seperti Bumi kita.
jika habis bukit dan gunung di Bumi ini ditarah, atau jika tiada lagi bukit dan gunung, maka akan hancur lah bumi.

Beliau secara tidak langsung menyatakan kekesalan bukit-bukit batu yang mengelilingi Masjidil-Haram di tarah dan diratakan untuk pembangunan..

semasa saya di sana..tinggal satu bukit lagi yang ada, dan itu pun sedang sibuk di pecahkan dan diratakan untuk membesar kan kawasan laman masjid..
hotel-hotel lama di sekeliling kawasan masjid juga diruntuhkan..

Kata beliau, bukit-bukit batu yang mengelilingi Masjidil-Haram inilah yang menjadi pertahanan kawasan tersebut...jika tiada lagi bukit, maka tiada lagi pertahanan untuk Masjidil-Haram.

Waallahualam..

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.