Thursday, August 5, 2010

cerita tentang Taipei lagi


Cerita intro untuk trip Taipei tu pun dah panjang, buat pecahan cerita kedua pula.

Taiwan juga dinamakan Republic of China..(panjang sejarahnya). Dulu digelar "Formosa" yang bermaksud "Beautiful Island" oleh orang Portugis. Dan sememangnya negara ini cantik & mereka cuba sedaya-upaya mengekalkan nya begitu. Tiap-tiap hari ada pasar bunga di Taipei, banyak bunga masa hujung minggu & paling banyak semasa musim bunga semestinya!

Rakyat Taiwan suka pokok..walaupun rumah flat/kondo/apartment..setiap rumah pasti ada pokok bunga sampai ke bumbung-bumbung rumah pun mereka tanam pokok ibarat taman sayur & taman bunga cuma lokasinya di bumbung.

Infrastruktur negara memang dirancang dengan baik. Mereka sangat mementingkan alam sekitar. Tak suka potong gunung atau bukit. Siap tebuk gunung untuk buat jalan raya di mana projek itu mengambil masa sehingga 15 tahun semata-mata kerana mereka tak sanggup tarah gunung. hmmm..

Apepun, mereka sangat menghargai barang-barang sejarah..
dan setiap bangunan dan harta sejarah mereka simpan dengan baik. Banyak khazanah empayah maharaja Tanah Besar China dulu kinin berada di Taiwan kerana dilayarkan ke situ oleh Chang Khai-Shek masa Perang Dunia Kedua.
Sepatut nya kita contohi sifat ini iaitu menyanyangi warisan kita..kerana dengan adanya warisan barulah kita boleh mengenal sejarah lah baru lah kita ada jati diri...baru lah orang kata 1Malaysia.

Bukan sahaja harta sejarah, malah pokok-pokok yang ada pun mereka jaga dengan baik..pokok-pokok di sepanjang pejalan kaki di tepi jalan raya kelihatan sudah tua dan sudah berdekad-dekad tahun (mungkin lebih 100 tahun sebab nampak macam bonsai dah)..siap ada papan tanda yang menceritakan info tentang pokok itu; iaitu namanya, jenisnya, apa kegunaan nya dan lain lain. A far cry from our trees along the roadside.. (I feel like crying)

Setiap kawasan mesti ada taman...dari sebesar-besar taman seperi Daan Park ke sekecil-kecil taman, janji ada taman. Longkang pun ada seni, dibuat macam sungai pula dengan dasarnya dihiasi batu-batu kecil padahal Longkang!

Jalan-jalan basikal (cycling trail) sedang ditambah kerana negara mahu rakyat kurangkan penggunaan kenderaan (samada kamu jalan kaki atau naik basikal atau naik bas atau naik MRT). Pengangkutan awam yang cekap membuatkan pemilikan kereta dirasakan Sangat Tidak Perlu. Ini sangat mengurangkan pencemaran.


Memandangkan trip ni 4 hari je jadi kami pergilah melawat mana-mana tempat yang sempat.

Tip untuk semua... restoran-restoran di Taipei buka pada pukul 11.30 pagi ok!
Waktu Buka: 11.30 am-2.30pm-->lepas tu tutup. Kemudian waktu buka semula : 5.30pm-9.30pm--
Ada yang buka kedai pastu tak tutup sampai malam, kena cari la kedai-kedai yang tak tutup ni, sebab banyak kedai Muslim akan tutup lepas zuhur dan buka semula lepas asar. Pepandai la korang cari makan huhuhu.
Elok telefon restoran awal-awal sebelum kedatangan..kami buat begitu sebab pernah pertama kali sampai di Kunming tapi restoran tutup.. kalau anda call, mereka akan tunggu anda kerana mereka faham anda susah nak cari makan hehehehe.

Anda boleh dapat kan info Restoran Muslim di Website Grand Mosque Taipei

Enjoy Kitchen 複合式餐廳

台北市羅斯福路3842.No.2, Ln. 84, Sec. 3, Roosevelt Rd., Da’an Dist., Taipei City 106, Taiwan (R.O.C.)TEL : 02 2367 - 1257www.enjoykitchen.tw

清真昆明園餐廳 KUNMING ISLAMIC FOOD台北市復興北路8126
26, Lane 81, Fuxing N. Rd.,Taipei CityTEL:(022751-6776
艾家清真黃牛肉麵館 AI-JIA BEEF NOODLE台北市忠孝東路422341
41, Lane 223, Sec. 4, Zhongxiao E. Rd. Taipei CityTEL:(022731-8550

kami ni keluarlah lepas subuh konon-konon nak cari makanan sebab tak dinner malam tadi, berjalan pusing punya pusing dekat 2 jam tak jumpa-jumpa restoran. Sebab nya kami belum pandai berjalan menggunakan MRT, jadi tak tau stesen mana kena turun. Turun kat stesen yang hujung jalan di utara, restorannya di hujung jalan di selatan..Pancit beb!
Muka lapar!

akhirnya naik teksi juga baru sampai hahaha.. teksi mahal..masuk je dah kena NT70 bersamaan RM7...10 ke 15 minit dalam teksi dah kena NT250 bersamaan RM25....teksi memang bukan pilihan pertama kami.

Minggu kami datang ke Taipei adalah minggu hujan..it rained day and night..setiap hari...sebab itulah semua gambar di lokasi-lokasi yang dilawati kami berpayung hehe.

Selain restoran-restoran Muslim, antara tempat-tempat yang sempat dilawati seperti Masjid Besar Taipei i.e: Taipei Grand Mosque (memang kami cari), Bei Tou Hotspring (tak dapat masuk dalam kerana tak tahu hotspring ni tutup hari Isnin aduhai!), CKS Memorial Hall, Danshui Fishermen's Wharf dan ketika melawati SYS Memorial Hall, nampak Taipei 101 dari situ ... Taipei 101 kelihatan "mystical" dari jauh...oh! Apa lagi mestilah naik Taipei 101 untuk menaiki lif yang terlaju di dunia! 89 floors in 37 seconds.

Cuaca hujan hari tu..kalau tak hujan mesti boleh naik ke tingkat 91 dan lepak di kawasan luar di balkoni Taipei 101 ! Susah juga nak cari sudut untuk ambil gambar keseluruhan bangunan ni dari luar..puas la senget-senget kan kamera. Apa-apa pon sangat puas hati dengan bayaran NT400 bersamaan RM40 kalau saya tak silap lah (ala-ala terlupa hehe sebab rasa macam mahal gitu)

Kat sini baru rasa teh bubble..jauh betul nak rasa teh ni haha.
Kita order Pumpaa Naicha! kedai ni jual teh sahaja beraneka jenis perasa dan campuran teh.

Untuk mereka yang non-Muslim, Taiwan mungkin merupakan Food Heaven...sini macam-macam ada..rasa juling mata tengok berbagai jenis makanan disediakan cuma kami sendiri takde selera nak makan lah hehe..kami makan di restoran Muslim sahaja hehe..tapi satu perkara yang pasti..Semua Makanan di sini Gerenti Sedap! Guaranteed!

Disebabkan terlalu syok berjalan..sampai terlepas flight..rasa nak menangis gak lah kan hahaha..terpaksa beli tiket flight baru dan kembali ke asrama EzStay..nasib baik diterima untuk duduk di situ sebab kebetulan orang yang book bilik tu tak jadi datang...hmmm..nasib baik kak Sam ada bawak duit RM kalau tidakkkk? ho ho ho.

Sempat buat rakan baru yang duduk di hostal backpacker tu, dan buat rakan baru dengan Malaysians yang bekerja di Taipei..nasib baik kenal kak Liza dia restoran Kunming...keesokan hari di mana kami sepatutnya balik, kak Liza bawa jalan-jalan ke Taman Ros CKS..kalau musim bunga cantik katanya sebab rossssssssssss je yang berbagai jenis dari seluruh dunia menghiasi taman.

Memang nak datang lagi..musim bunga mesti cantik..nak tengok cherry blossom kak Liza kata cantikk..and want to go to Toroko gorge and travel to Kaohsiung too someday using Taiwan's high speed train then travel back into time with Alishan Forest Railway ( in the world probably only 3 of this kind of railway still operating,others are either dismantled or in museum).


The Taipei Grand Masjid in Da'an District

I want to go there again! tapi kena kumpul duit dan lunaskan hutang dulu yek..dan banyak lagi destinasi nak pergi ni...seperti negara Turki, China (target to visit Beijing -Great Wall, Underground City, Forbidden City then Xi'an then maybe Yangtze river then Reed Flute Cave in Guilin then Wuzhen water village, Yunnan or if it is too far probably Longji rice terraces in Longsheng or Jiuzhaigou Valley), Korea, Jepun, Maghribi, Mesir, Syria...to name a few..erkkk!

Tak sempat tengok Panda sebenar +_+

Danshuei..makan sotong fresh.

Sun Moon Lake...bila la nak sampai sini..cantik betol.


Nak naik keretapi di Alishan..one of the 3 forest railway still operating in the world.

Umrah Mac 2010

Entri yang terlepas..sebab dah lama tak update blog punya pasal hehe : Lawatan kedua untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah & Madinah

Tiap2 minggu mesti buka laman web Manzlie-Makkah.

kat blog ni kita boleh dapat update terbaru dan foto terbaru dari Makkah Al-Mukarammah.
sejuk hati tengok Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah yang Suci.

bulan Mac lepas dapat menjejak kan kaki untuk kali kedua ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarammah dan Madinah Al-Munawwarah.
seronoknya hati...rindu sangat dengan tempat suci ini...rasa ketenangan di sini tak dapat di mana-mana tempat lain.

**Reeza in front of Masjidil Haram

cuma yang tak bestnya arus kemodenan terlalu melanda Tanah Mekah...hotel yang tinggi depan Masjidil Haram memang cantik, tapi blocking Masjidil Haram dari jauh.. kalau dulu, dari jauh dah nampak Masjidil Haram..rasa sayu dan sebak je..sekarang nak nampak menara masjid pon susah.

**sekitar kawasan Masjidil Haram was heavily under construction back then...sekarang dah cantik dah..

Kedai-kedai sekarang dalam shopping kompleks sahaja..so boring!!!!
reminds me of KLCC because the interior almost looks like KLCC! dan jalan selalu jem sebab mereka bina jalan raya begitu dekat dengan kawasan dataran Masjidil Haram.
berbeza dengan cara dulu Mekah seperti kawasan perkampungan yang tenang daripada hiruk-pikuk.

sabar sahajalah...yang penting dapat berada di tanah suci ini dan beribadat sehabis baik..

masa tawaf memang menangis...cantik nya Kaabah..Subhanallah..
you have to be here to experience it. no words can describe that feeling in your heart..seriously.

kalau ada jumpa gambar Masjidil Haram atau Kaabah, baik print dan lekat di cubicle ofis, atau di dinding rumah..kerana memandang nya sahaja dapat rahmat tau. pasal rahmat ni boleh refer ke posting yang dahulu (tahun lepas punya hehe)

ape ape pon...cita-cita untuk 5 ke 10 tahun akan datang ialah untuk menjadi mutawwif wanita..negara kita memang sangat kekurangan tenaga pekerja rasanya..sebab ustaz mutawwif yang bawa jemaah kami pun mutawwif dari Indonesia..

dan apabila kita tengok jemaah dari Indonesia mereka siap dengan mutawwif perempuan lagi..tapi jemaah kita ustaz-ustaz je yang bawak..jadi jemaah wanita boleh rujuk ustaz je, tak dapat nak rujuk ustazah..susah juga kan kalau nak rujuk tentang hal-hal kewanitaan yang kita agak segan nak tanya nih..

dan kalau masuk ke Masjid contohnya, ustaz boleh beri tunjuk ajar pada jemaah lelaki, jemaah wanita tak dapat nak turut serta sebab jemaah lelaki dan wanita kan pasti terasing...jadi lebih elok ada mutawwif wanita mengiringi jemaah wanita.


Usaha..usaha..usaha! Disertai dengan doa dan tawaakkal. Moga impian jadi kenyataan..Amin!

Payung-payung di sekitar Masjid Nabawi Mac 2010.
**Moga kita tergolong di kalangan mereka yang dapat berlindung di bawah Payung Rasulullah s.a.w. di Padang Masyar kelak..amin.

Wednesday, August 4, 2010

Taipei here I came!

It's been a long time since I updated my blog...lama dorman...macam-macam berlegar dalam kepala otak jek...

saya ni ada segan-segan sikit nak kongsi tentang diari kehidupan diri ini..ececece..maklum lah kiter ni kerdil je ibarat semut di tepi sawah..hmmm..ada semut ke di tepi sawah? hahaha..


Anyhow, this time i want to story about my trip to Taipei City.
ini kira trip terjah je...takde plan yang mencukupi pun.
cuma book tiket flight, kemudian booking backpacker's hostel room, printed out the list of Muslim restaurants around Taipei City, and printed out the list of interesting places to go.
My friends who had been there (and believe me they travelled alone a lot while they were in Taipei) said that the city is such a safe place to be and easy to go around town using public transport especially using the MRT.

They were so right!

AirAsia kasi down semangat la sebab flight booked pagi tapi boleh diaorg hantar sms kata flight delay sampai tengahari!!! membuatkan kami sampai di Taipei pada malam hari!!! ohhh! tension gila ok! membazir satu hari!


Touch down kat Taoyuan International Airport dalam pukul 8 malam gitu..dah gelap dah ape pon tak nampak..chis...(dah faham dah cara AA bergerak...kalau ada flight pagi atau masa awal di mana Tidak Ada syarikat penerbangan lain yang fly seawal itu, jangan amik la! itu namanya gerenti delay la tu hahahaha! Jangan maraaaa AA! saya lagi marah niii! :P~)

masa touch down dah lapar gila...nasib baik Kak Sam bawak roti gardenia sebuku..& beberapa bungkus air milo 3-in-1. believe me those were all we brought from KL,meggi pun tak bawak chisss...ye lah..tak budget la kita akan delay kan..kalau sampai waktu siang hari boleh la kami round satu Taipei cari restoran halal.

Taipei, and Taiwan in general is certainly a convinient country.
I would say, their infrastructure was built to serve the people.
The city is very well planned & organized, and it's structured for the disabled people as well.
Orang-orang yang kurang upaya yang bergerak dengan kerusi roda atau mereka yang buta rilek je boleh jalan-jalan sekitar bandar naik MRT, sistem jalan pun memang ada tempat untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan lengkap untuk mereka yang kurang upaya bergerak...
Best kan?

Papantanda ada bahasa rumi, jadi tak lah rasa blur tengok tulisan mandarin jek. dan rata-rata penduduk Taipei faham dan boleh la berbahasa Inggeris. Ada yang tak faham kami approach je terus diaorg lari hehe.

The buses from Taoyuan Airport to main city leave every 10 minutes.
with no delay..it is Awesome! i tell you..because it is something you do not (usually) get in our own beloved country hehe.


Nasib baik la book asrama backpacker betul-betul mengadap Taipei Main Station. Kat situ lah ada stesen keretapi besar macam KTM tu yang boleh travel satu Taiwan, kat situ lah ada MRT stesen (kat tempat kita LRT laa), kat situ lah ada stesen bas yang boleh jalan satu bandaraya Taipei atau satu negara...senang je nak cari bangunan asrama tu..dalam shopping mall jugak (Shin Kong Mitsukoshi Department Store).

Asrama ni lengkap dengan washing machine dengan sabun basuh jadi boleh la basuh baju sendiri kan. Semua kelengkapan lain seperti dapur pantry (nak buat air ke makan ke tapi masak tak boleh), peti ais, tv, dvd, PC with internet, seterika,tuala, pengering rambut, pencungkil telinga lengkap lah kan.


We stayed in EzStay Taipei @ Zhong Xiao West Road.
The owner is a Japanese, Mr Kenzo who married a local Taiwanese. Ramai orang Jepun kahwin dengan orang Taiwan, sampai bukak shopping mall Jepun gak la kat situ penuh dengan barangan Jepun..macam Taiwan tak buat barangan sendiri jek rasanya padahal..hehehe.

oh yeah.. and they love the Korean Wonder Girls so much I guess.. dalam shopping mall tu ada kedai elektronik; jual komputer & sekutu dengannya..semuaaaaaa PC & Laptops bukak video clip Wonder Girls ok! ( I want Nobody Nobody but You!)

Waw..ini cerita pun sudah panjang..baru intro jek!
nampak sangat seronok betul melawat Taipei ni.
sahabat saya kata dia bercuti di Taipei selama 16 hari pun tak cukup untuk melawat satu Taipei,ini kan kami yang kononnya rancang nak duduk 4 hari sahaja! apa yang bakal berlaku???? haaaaa...jeng jeng jeng!


Indah Nian...Bangunan kedua tertinggi di dunia dan kabus awan....(gambar ni dari google ok, kami punya kamera tidak cukup canggih untuk ambil gambar seperti ini, tapi anda boleh lihat pemandangan ini ketika menaiki Maokong Gondola)


briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.