Tuesday, December 16, 2008

kisah di masjid..

Salam..

ingin meluah kan rasa hampa di hati..

malam tadi balik rumah, rumah takde air,
jadi pergi la ke masjid berdekatan rumah saya untuk solat maghrib.

masa sampai tu jemaah dah selesai solat maghrib, dan ceramah mahgrib baru sahaja bermula.

jadi tinggal saya dan seorang lagi wanita muda baru balik kerja yang singgah di masjid,
kami baru nak solat maghrib..

saya dah berdiri di antara saf terbelakang,
tapi salah seorang makcik jemaah suruh saya ke belakang lagi.
"pi belakang lagi, nak dengar ceramah" katanya..

saya tanya "tak cukup belakang ke ni?"
tapi dia buat tak tau je, jadi saya pun terpaksa berpindah lagi ke belakang, ke kawasan yang hampir tiada ruang buat saya dan gadis seorang lagi tu.
maklum lah, nak hormat cakap orang tua la katakan...kan?

tengah elok-elok saya dan gadis tu bukak tudung untuk pakai telekung,
tetiba sliding door pembahagi yang berdekatan kawasan kami dibuka..

kawasan muslimat kan selalu nya di tutup, tapi disebabkan nak dengar ceramah punya pasal, makcik-makcik ni pun buka luas sliding door (should we translate it as pintu tarik?)..
yang membahagikan kawasan muslimin dan muslimat itu.

terperanjat tupai la saya sama gadis tu..
kami pelik laa..kenapa di buka luas pintu tu?
tak boleh ke makcik-makcik pergi ke depan dan dengar ceramah kat depan je?
kalau tak nampak ustaz pun takde masalah,
sebab speaker dipasang kuat! sekuat-kuatnya..
lain la kalau telinga depa pekak dan boleh faham bahasa bibir je...!

kami cepat-cepat la cover diri masing-masing,
sambil berpandangan sesama sendiri dan berkerut..
apehal makcik-makcik ni?
takde kesedaran sivik ke?

saya tanya kat gadis tu, "apesal makcik ni bukak sliding door?"
dia jawab "entah.. patut tutup laa, takkan takleh pergi depan sikit, speaker pun kuat kalau tak nampak ustaz.."

hishhhhhhhhhhhhh....betol-betol kacau mood nak solat laa..
tak pasal-pasal tau!

saya pun ter-buat muka menyampah,
di mana gadis tu pun faham yang saya bengang kat makcik-makcik itu...
hahahahaha..

saya hampa dengan sikap mereka yang buat rumah suci Allah macam hak mereka sendiri.
dan tidak ada sikap bertimbang rasa langsung pada orang lain..
ape mereka fikir mereka sahaja ke yang beribadat?
kami ni saje-saje ke datang lewat?
kalau kami awal memang kami jemaah bersama..
tapi baru balik kerja, macam mana nak join?
jangan lah eksyen pulak sama kami.

selesai solat saya berdoa agar dibuang kan rasa takbur, riak dan sombong dalam diri saya ini.
sedih sendiri mengenang kan sikap mereka tadi,
dan mengharap agar saya sentiasa dilindungi daripada sikap ini.

kalau berterusan begini,
macam mana nak tarik lebih ramai jemaaah?

p/s: ini bukan first time saya kena macam gini kat masjid ni dengan jemaah muslimat nya...
kang citer kang jadi mengumpat kan? tak baik...!!!!
Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

"karenah manusia aku masih belom kebal,
doa kan aku sabar..
"

amin...(+_+)

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.