Tuesday, June 23, 2009

Wanted : Female kittens

saya sedang mencari anak kucing betina.
sesiapa yang nak bagi kucing betina pada saya,
sila la mesej saya ye!!! please!

tapi kucing anda mesti lah tak suka mencakar.
sebab saya tak pernah kena cakar dengan kucing-kucing saya.
jadi bila kena cakar dengan kucing lain terasa pelik hehe.

(this was my brother with all 3 a few months ago while the cats were still young)


i am looking for 2 female kittens, need to breed my current half-persian male cats..in this picture, there were 3, but now only left 2 because 1 was stolen??? well it went missing anyway..the M.I.A one name was Bluey because he has a pair of blue eyes..Now left Brownie and 2-eye.

if you wish to give away your female kittens pleaseee let me know..
but your kitten/cat must not be the type that scratch unnecessarily.
fyi, i was never scratched by any of my cats.

Contact me. Thank you. I highly appreciate it.

Thursday, June 18, 2009

Sebidang Tanah yang penuh Berkah (berkat)


Saya di dapur pejabat, sedang buat air Indocafe saya. (Indocafe ok! walaupun Nescafe juga menjadi kesukaan. Selain itu Kopi Tenom Sabah dan juga Kopi Aik Cheong pun sedap giler! serius tak tipu!)


Datang salah seorang rakan sekerja yang juga mahu membuat air kopinya.


“Dah hari khamis dah ye wana…tak terasa pun” kata Pak Azhar.


“Ye lah..rasa cepat sangat..sekarang pagi..tetiba dah tengahari..lepas solat zohor, dah petang..tetiba dah nak balik dah..balik rumah, tido..Esok nya dah hari baru..cepat sangat.

Tapi kalau duduk kampong, terasa masa itu perlahan-lahan berjalan,tetapi bagus lah begitu, kerana kita dapat merasakan betapa nikmatnya hari itu.

Kat sini tak rasa nikmat pun, sebab sekejap je satu hari tu dah habis.. ntah apa buat satu hari tu pun tak tau..alangkan nak makan pun terkejar-kejar..mana nikmat makan terkejar-kejar kan?” kata saya pulak.


“Itulah..saya pun terfikir macam mana la kehidupan kita sekarang ni. Kalau dulu ayah saya ada sebidang tanah je, dengan sebidang tanah itu lah dia bercucuk tanam dan usahakan untuk menyekolah kan 7 orang anak.


Boleh hantar pergi belajar mengaji, bersekolah, sehingga ke universiti.


Lepas tu solat tak tinggal. Tiap-tiap waktu solat boleh pergi surau.


Kemudiannya apabila ada keraian atau majlis di kawasan kampong, ayah saya tak pernah tak hadir…mesti hadir! Baik kenduri kahwin, ada kematian, atau orang sakit, ayah saya mesti ada masa untuk diluangkan…


Kita? Memanjang takde masa” katanya panjang lebar.


“Iyer lah, padahal masa tu sama je kat mana-mana pun” ujar saya.


“Kerana apa yang ayah saya dan orang-orang tua dulu kerjakan itu penuh berkah” sambung Pak Azhar.

“Dengan adanya berkah itu lah dia berjaya dalam hidup dia.


Dari segi ibadat dia berjaya (kerana tak pernah tinggal solat dan solat pun berjemaah di surau dan masjid).


Dari segi hidup jiran tetangga pun berjaya (kerana tidak pernah ketinggalan menghadiri atau melawat jiran-jiran dalam apa jua keadaan).


Dari segi mendidik keluarga pun berjaya (kerana anak-anak semua sudah pun berkerjaya dan berkeluarga, tidak menyusah kan dia lagi).


Tubuh badan sihat lagi..kerana hari-hari bekerja keras bercucuk tanam, bercangkul dan sebagainya. Tak perlu pergi ke gym, dah la gym kena bayar pulak.


Hidup sentiasa tenteram..tiada stress, tiada tension, tiada kekeliruan dalam melayari kehidupan.


Semuanya adalah dari hasil bumi yang dikerja kan dengan empat tulang keratnya…berkah..memang berkah. Hanya sebidang tanah sahaja wana…takde yang lain.


Orang kampong dengan sebidang tanahnya. Kalau dia rajin bekerja mengusahakan tanahnya, banyak lah rezeki. Jika dia malas, tiada lah rezeki. Tapi apa-apa pon semua untung rugi di tangan dia. Bukan macam kita.


Tengok kita ni, kerja di pejabat, apa yang kita dapat? Sedangkan kita berbual-bual atau berborak-borak sesame sendiri di ofis ni pun dah kira salah..kerana dikira tak buat kerja.


Solat pun tak tentu masa..ada masa tepat pada masa, ada masa terlambat.

Kalau ada majlis atau kenduri ada masa kita boleh pergi, kebanyakan masa tak boleh.


Walaupun ada increment dan bonus, duit asyik tak cukup je. Walaupun gaji tetap tiap-tiap bulan, di akhir bulan mesti rasa kesempitan.


Ke mana perbelanjaan kita? Rugikah kita? Atau Untungkah kita?


Jadi bagaimana? Adakah berkah rezeki kita? Yang pasti nya kita akan disoal selepas mati nanti.


Fikir-fikirkan.”


Begitulah cerita Pak Azhar pagi ni.


Ok...Apa yang patut saya buat sekarang?


Uwargghh!

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.