Friday, October 10, 2008

Seriously...
what do you think???
i think it is absolutely absurd!!!!

Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.

Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Monday, October 6, 2008

my journal during Ramadhan this year...


Sedih dengan perginya Ramadhan..


Even though during the whole month of Ramadhan,
it was pretty hectic everyday and everyday also lack of sleep,
everyday was great!!!!


Pepagi kena kejar bangun awal untuk sediakan sahur,
lepas sahur dan subuh terus berkejar pergi kerja,
balik petang tu berkejar lagi untuk sediakan makanan berbuka,
lepas berbuka berkejar ke masjid pula untuk terawih.
balik dah dekat kol 11, kemas itu ini kol 12 lebih baru nak tido,
kol 3pagi bangun solat malam (tetapi tak tiap-tiap malam, banyak juga miss hehe)
kol 4.30pagi selalunya sudah selesai solat,
berkejar kembali sediakan sahur.
begitu lah hari-hari selama sebulan..
tapi rasa best giler!!! ehehe.


tahun ni, 5 kali ajer berbuka di luar.
2 kali bersama rakan-rakan..
itupun kerana dah lebih setahun tidak menatap muka masing-masing ..hehe.
dan 3 kali bersama keluarga atas jemputan rakan keluarga Muslim yang lain.


Kepada rakan-rakan yang saya tolak jemputan berbuka di luar,
jangan kecik hati ye..
I know I have changed lately,ada yang agak berat dan pelik untuk menerima saya yang sekarang...ehehehe..
saya masih sama ajer senarnya hehe.
errrmmm, lepas ni kita boleh lepak-lepak ok..hehe.

Will try to go out more often if I could.


Memang tahun ni ikutkan hati tidak ada mood langsung nak raya.
Buat kuih sebab ibu saudara kat Senawang nak sangat dan suka sangat kuih tu,
Tiap-tiap tahun pun dia pesan kuih yang sama aje hehe..


Baru tahun ni beli baju raya..
2 tahun lepas tiada baju raya kerana saya fikir baju dulu-dulu ada lagi boleh pakai dan masih elok..


Tetapi raya tahun ni amat bermakna...
Tak seperti tahun-tahun sudah.


Mungkin kerana dapat berjumpa dengan saudara-mara yang dah lama dirindui.
Dan mungkin juga sudah timbul kesedaran dalam diri saya, kenapa kita menyambut Aidilfitri.


Kalau dulu, raya sebab semua orang raya, lepas tu sibuk sangat nak kemas rumah dan buat persiapan raya...
Tapi tahun ni saya sedar, kita sebenarnya beraya kerana Ramadhan yang mulia sudah berlalu,di mana itu adalah satu kesedihan kerana itu lah satu-satunya bulan yang tenaaaaanggg sangat rasa hati dan jiwa kita..betul tak?



Takde mood nak raya,juga kerana hari-hari saya terfikir kan arwah atuk, arwah nenek, arwah saudara-mara serta Muslimin dan Muslimat yang telah meninggal dunia..
Sepanjang bulan Ramadhan mereka tunggu sedekah dan doa dari kita.
Takde mood saya nak happy-happy, sebab terfikir saya tidak cukup berdoa dan bersedekah untuk mereka.


Takde mood nak raya, juga mungkin kerana sudah timbul kesedaran dalam diri saya,betapa pentingnya keluarga dan saudara-mara seperti ibu saudara, bapa saudara dan sepupu-sepupu kita...
kerana tanpa mereka siapalah kita.


Ketika susah, sedar tak sedar, keluarga dan saudara-mara lah yang sebenarnya membantu kita.
Setelah mati pun, keluarga kita dan saudara-mara kita lah yang akan mendoakan kita,seperti di majlis-majlis tahlil atau kenduri arwah.
kalau nak kahwin dan berkenduri pun, kena harap kan keluarga dan saudara-mara juga, betul tak? hehehehe..
Tanpa mereka siapa lah kita.


Pada malam raya ketiga, Maklang Port Dickson meninggal dunia..
akibat strok.
Padahal pada siang hari nya tu, walaupun dah kena strok masa tu,dia masih boleh bercakap, pantas lagi..tak penat-penat pula bercakap.
Sempat memeluk arwah sebelum meninggalkan rumah arwah hari itu,terasa sayu sangat...
Rupa-rupanya arwah dah nak pergi.


She had only suffer from stroke less than a week...
Allah s.w.t. lebih sayang kan dia...
Tak lama dia menderita sakit.
Al-Fatihah kepada arwah.




I miss Ramadhan..
I really miss Ramadhan..
Moga panjang usia ku,
dan sihat tubuh badan ku,
dan masih diberi hidayah dan dibuka pintu taubat ku,
untuk ketemu Ramadhan di tahun hadapan...
ku panjangkan juga doa dan permohonan ini kepada ahli keluarga ku, dan kepada mu wahai sahabat-sahabat Muslim ku..

Amin.

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.