Monday, February 2, 2009

Geng the Movie


I am sure most of you have heard and watched Upin & Ipin the Series..

Aired on TV9..

They are extremely hilarious and adorable!!! Comel to the max ok!

kan kan kan? Betol Betol Betol!


Saya mula-mula tonton cerita Upin & Ipin di pasar malam Senawang kat Giant tu hehehe..Lama dok berdiri depan tv kat gerai brader tu sampai angkut beli cd Upin & Ipin nye.. hehe..

ok..people, from now on, please buy the original CDs!
Kita mesti sokong filem dan keluaran tempatan.
Please, support our local products...

Hidup kan semula semangat "Pandang ke Timur.."
dan "Cintailah Barangan Buatan Malaysia!"


Siri kartun Upin & Ipin yang patutnya anak-anak Malaysia kita tontoni hari-hari..
saya tak berapa setuju budak-budak tengok siri SpongeBOB Square Pants yang pada saya (ini sekadar pandangan persendirian saya sahaja yek)..
kinda psycho..mental...and abnormal..
(sayang sekali SpongeBob ni agak comel mungkin kerana warnanya yang kuning emas itu?)

A lot other tv series made for children aired on the children's networks like Nikoledeon (did i get the spelling right?) and Cartoon Networks,are not suitable at all for children..most of them are equally mental.
I am not gonna point anymore right now...huhu.


Sekarang movie nye Upin & Ipin sudah keluar..
Mari kita tengok beramai-ramai..!


Please visit the website and watch the trailer..!
Amazing!

http://www.gengthemovie.com/

p/s: Pun begitu, pada pendapat saya, filem ini sebagusnya di lancarkan di pawagam pada musim cuti sekolah...pasti dapat lebih sambutan, dan pihak sekolah pon boleh 'organize' HARI MENONTON WAYANG - Upin & Ipin untuk murid-murid sekolah .. kan kan kan?

Harap-harap lah, filem ini akan ditayang kan di pawagam untuk tempoh masa yang lama, sampai cuti sekolah bulan Mac depan pon masih cergas di tayangkan..
Seperti Korea, mereka menayangkan filem tempatan untuk berbulan-bulan lamanya, hingga 3-4 bulan, sebagai usaha membantu dan menyokong industri perfileman tempatan mereka...Kita patut contohi usaha ini..


oh yaa...thanks to MIMOS (^_^)


AKHIRNYA penantian penggemar karakter Upin dan Ipin berpeluang memenuhkan panggung wayang bulan depan apabila syarikat animasi tempatan, Les Copaque Production berjaya menghasilkan filem animasi 3D pertama iaitu Geng: Pengembaraan Bermula yang menelan belanja RM4 juta.

Filem animasi 3D sulung terbabit menggunakan dua perisian penting termasuk Maya dan MentalRay selain animasi pertama yang menggunakan teknik perkomputeran grid dibekalkan penyedia teknologi tempatan, Mimos Bhd.

Menurut Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, Mimos memainkan peranan penting dalam menawarkan perkakasan perkomputeran grid yang membantu teknik ‘render’ bagi menghasilkan animasi berkualiti tinggi.

“Perkakasan berjuta-juta ringgit oleh Mimos memberi peluang kepada kami melakukan teknik render yang mengurangkan masa pembikinan animasi 3D kerana kebiasaannya ia mengambil tempoh lebih setahun.

“Namun, melalui perkomputeran grid, tempoh masa terbabit berjaya dikurangkan ke enam hingga lapan bulan saja yang secara tidak langsung menjimatkan kos operasi,” kata Nizam.

Filem 90 minit yang dijangka ditayangkan serentak di 55 pawagam seluruh negara 12 Februari ini menggunakan 40 tenaga kerja berbanding ratusan kru yang bekerja untuk menghasilkan animasi terhebat seperti Toy Story dan Incredible.

Nizam berkata, syarikatnya berharap mendapat kutipan lebih enam RM6 juta memandangkan jenama animasi serta kekuatan siri Upin dan Ipin sudah bertapak di negara ini.

“Kualiti yang dihasilkan melalui teknologi tempatan menyamai standard filem animasi Hollywood malah kos menghasilkannya lebih murah jika dibandingkan di sana (Amerika Syarikat),” katanya.

Kata Nizam, beberapa negara lain kini berminat menggunakan Malaysia sebagai hab untuk mencipta siri atau filem animasi 3D memandangkan kosnya lebih berpatutan.

“Kami sudah bekerjasama dengan Indonesia dan menunggu projek animasi lain apabila Argentina, Korea dan syarikat televisyen Hollywood seperti Disney dan Nickelodeon berminat untuk mendapatkan animasi kami,” katanya.

Harian Metro :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20090114101216/Article/index_html


briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.