Wednesday, June 11, 2008

TV Pool anyone ?

Ekonomi tengah gawat lah sekarang ni..
Al maklum harga minyak negara naik..
Harga barang-barang lain naik juge..

Beras,
Sayur,
Ikan,
Ayam,
Daging,
Susu,
Bawang,
Buku,
Kerusi,
Meja,
Baju,
Seluar,
Bantal,
Simen,
Tiles,
Rumah,
Eletrik,
Air...

semua lah !

macam-macam cara dan idea nak kurang kan perbelanjaan..
antara nya ialah carpool (berkongsi kereta)

Carpooling yg terasa paling berkesan keberkesanannya ialah ketika mahu pergi bekerja..
Kasi penuh satu kereta, minyak dan tol boleh kongsi-kongsi bayar.
Tak lah terasa sangat.
Tapi ini semua bergantung kepada keadaan dan kepala individu masing-masing.
Kalau semua ngam...memang bisa dilakukan setiap hari dan gerenti jimat.

Lepas tu.. TV Pool..
Kalau rasa-rasa takmo bazir duit kat kedai mamak untuk tengok bola ka..
berita ka..drama Sinderella ka..
Boleh tengok tv kat kawasan-kawasan awam rumah pulak.
kalau takde tv besar pakai projektor lahh..
Ye lah..nak lepak kedai mamak pun paling kurang kena pesan air..
Nescafe ais pun dah naik rm2.50 sekarang..
Nasi goreng pattaya pun dari rm4 ke rm5.50..

Kita letak TV atau projektor dan sound system kenduri kahwin tu kat common place..
seperti di dewan org ramai ka..
Kat bilik gerakan BN kaaa hehehe..
Kat tengah padang kaaa.
(macam masa zaman perang-perang dulu lah, pasang filem kat tengah-tengah kampung kan..)
Pastu ramai-ramai la tutup tv kat rumah..pi tengok kat dewan, kat padang..
Jimat letrik rumah..
Sambil tu boleh mengeratkan silaturrahim.. :)

Pastu pada rumah-rumah yang anak-anak mereka banyak main komputer atau tv games, kasi tutup itu semua..!
Halau anak pi padang main bola..
Letrik jimat...Anak-anak pun Sihat...

Pasni lauk pauk dan barang-barang dapur pun boleh kongsi..
Hari-hari pun kenduri..
Satu kepala dalam kawasan perumahan tu layak makan satu pinggan nasi setiap kali makan..
3 lauk dan 1 gelas air suam..
Makan sikit, Kolestrol kurang, Lemak pun turun, Perbelanjaan pun jimat.

Sounds easy...but not so .. really!
Bolehkah idea-idea ini menjadi realiti?
hhmmmm....

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.