Monday, March 23, 2009

Kisah Ayat-Ayat Cinta

Pernahkah anda membaca novel Ayat-Ayat Cinta, karya Habiburrahman El-Shirazy?

Buku ini dicadang kan oleh ustaz mengaji saya..novel membina jiwa..benar-benar Islamic.Buku ini sudah lama di pasaran…tetapi…Alrite saya mengaku..since last year I had tried to finish the novel..finally I did it..hehe.

Bukan tak nak habiskan, tapi tak boleh..saya pasti menangis, paling kurang pun mengalir kan air mata…memang terlalu berkesan pada saya..mungkin tidak sama kesannya pada orang lain..(yea yea call me whatever..)

Kenapa ya? Kerana apabila pernah bercinta, apabila baca buku ini memang terasa menusuk kalbu beb! Hahahaha…chis malu la pulak saya.

Gaya penulisan nya juga amat mendalam dan menyentuh perasaan,tak dapat ku gambar kan.

Terasa diri ini terlalu kecil ..Betapa banyak dosa-dosaku., kerana sering terlupa untuk bersyukur kepada Allah Yang Esa…dan betapa sedikit nya amalan kita…setiap kali selesai baca beberapa chapter mesti menangis…

Lagi-lagi nangis...lagi-lagi nangis....

sampai berkepul-kepul tisu habis hehehe..(kepul-kepul? Macam asap je ek? Hehe)

Mengapa tidak, Ketika Fahri bersolat, beliau merasakan Allah sungguh dekat kepadanya,hingga lebih dekat daripada jantung yang berdetak, lebih dekat daripada urat leher.

Menangis saya.. kerana saya masih lagi cuba mendidik diri ini, dan masih berjuang untuk menjiwai solat sekusyuk yang boleh. ..Alangkah bahagia nya jika dapat mencapai kekusyukan solat seperti itu!

Ucap Fahri , "Aku paling tak tahan jika ada perempuan menangis. Andaikan aku halal baginya, tentu aku akan turun mengusap air matanya, dan membawa ke tempat yang jauh dari linangan air mata, selamanya..."

waaaaaa....

Ucap Aisha "Diriku sudah aku wakafkan di jalan Allah.. aku sudah siap hidup dan berjuang di mana saja mendampingi perjuangan suamiku tercinta...."

waaaaaaa!!!
begitu hebat pengorbanan seorang isteri yang solehah,
bersabar di atas segala dugaan yang menimpa tatkala suaminya difitnah.

Love is a sweet torment ! Seperti tulisan Maria dalam diarinya “Aku sangat mencintainya seperti seorang penyembah mencintai yang disembahnya.” waaaaaaaaaaa....!!! Begitu hebat dan tulusnya cinta Maria.

Samada lelaki atau wanita, mesti baca novel ini...kerana ia bukan sekadar novel cinta, tetapi novel Islami yang mengajar tatacara kehidupan Islam yang sering kita abaikan dan lupakan...lagi bagaimana mahu romantis bersama isteri dan suami masing-masing...ececececece...(lepas ni siap la masing-masing solat malam iaitu tahajjud, dan lepas tu mesti karang puisi pulak!hehe..)

Membuat saya terfikir, Adakah lelaki seperti Fahri di luar sana?
Mampukah kita menjadi Aisha? Adakah kita ikhlas juga mencintai seperti Maria?

Jika kita terasa kita tidak mampu jadi seperti mereka,
marilah kita membuat wawasan untuk jadi seperti mereka bak kata ustaz.
Minta maaf kata-kata saya tak se-puitis mana..

p/s: Al-Fatihah kepada Arwah Suraya bt Yahya.
Moga rohnya dicucuri rahmat dan semoga berada dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.


Yaa Ayyatuhan nafsul muthmainnah
irji'ii ilaa Rabbiki
raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhulli fii 'ibaadii
wadkhulii jannatii

Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
Surah Al-Fajr : 27-30

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.