Friday, April 27, 2007

Bukit Tabur East 20-21 April 2007 + Good Charlotte for MTV Live!


(tabur dan kabus paginya)

i want to write about this climb tapi agak kesuntukan masa.
tapi sgt lah seronok mendaki malam, seperti biasa saya lah yg pancit sbb yg lain2 tu pendaki tegar!
disebabkan saya, bajet naik 1 jam setengah jadi 2 jam..start mendaki kol 3am,sampai dalam kol 5am camtu lah.

kumpulan kedua Yo,Fuden dan Anis naik 1 jam je, berlari-lari ke puncak sbb nak tengok sunrise kononnya, tapi matahari dah naik dah sebab diaorg sampai kol 7.30pagi.

(ni gamba tangan saya calar2)..tangan calar sbb tak pakai sarung tangan masa naik dan turun pakai tali kat puncak pacak tu.

(Aida dan saya menuruni puncak yg kasi calar tangan,situ tak byk tempat berpijak jadi kita byk bergantung kepada kekuatan tangan sahaja lah, macam hampir 90 darjah pulak tu. Bapak kata ada orang pernah mati kat sini, betul kah Bapak?)

kalau ada masa akan bersambung....hehe.

ok...baru nak sambung kisah..

sebenarnya 21 april tu ter-penoh akitiviti.
hari khamis sebelum tu tak cukup tido sebab tengok tv sampai kol 3 pagi.
pastu jumaat pi keje macam zombi lah kat depan pc hehe.
pastu malam tu tak tido sebab kol 11 malam dah tunggu Bapak kat Tesco sebab nak daki BUkit Tabur.
pastu lepak2 dgn Bapak dan kawan2 sampai kol 3pagi baru mendaki Bukit Tabur tu.
dah sampai kat puncak tu tunggu sunrise kol 6.30 am...memang lawa lah sangat..
pemandangan yg mendamaikan jiwa...tak sia2 panjat malam2 tu..:-)
pemandangan yg siap boleh buat poskad...

(gambar ni lah buat wallpaper)

salah satu daripada gamba tu i buat wallpaper kat laptop.
ofis mates bila lalu tengok wallpaper tu tanya gamba ni kat mana.. i kata kat KL.
sorang pun tak caya!!!
diaorg cakap "betul ke?" i cakap "betul lah...in the heart of KL lagi."
dan ianya adalah permatang batu kristal quartz yg terpanjang di dunia lagi...tak percaya? baca lah kat links di bawah :

http://www.nst.com.my/Weekly/Travel/article/FeatureStory/20060418140210/Article/index_html

http://www.endemicguides.com/Tabur_hill.htm

lepas panjat Bkt Tabur, pi menom2 kat gerai,pastu balik.
sebab tak tido lagi nyer pasal dalam kereta tu ala2 tersenggut-senggut la beberapa kali.
nasib baik Fuden yg cukup tido drive hehe.
sampai rumah lebih kurang dalam kol 1.30pm camtu.
terus mandi2 dan kol 2pm pergi sekolah Syafiq kat SAS Putrajaya, ada hari kantin.
my other brother Syazreeza keciwa sebab kitaorg sampai lewat so orang dah tak ramai dan tak dapat lah dia cuci mata ... hehe..cian dia.

pastu my brother tanya nak pi konsert Good Charlotte tak? he had free passes..

i was like...serius kah ??? kalau ada pass free nak lah pi ... tak sedar diri lagi tu entah larat ke tidak nak berdiri kat tetengah padang tu nanti..:-)

kol 8pm gerak pi bukit jalil..konsert tu kecik je buat kat carpark.
i saw they showed Estranged's song "Itu Kamu" video clip...good song...good video.
showmanship mereka memang bagus..i hope they will keep on writing music for as long as they can.
i siap beli cd mereka lagi..hehehe.

Good Charlotte was excellent ..tapi Mr.Joel tu banyak sgt bodek laa..
"i want a Malaysian wife la, i want to settle down in Malaysia lah"...
benarkah? ahahaha...tak jalan laaah.. macam lah kita tak tau hehe..
tapi diaorg punya persembahan mmg bagus, they really appreciate their fans...
they have definitely grown,musically lebih matang..kalau memula keluar dulu sibuk dgn teen-angst.. now they sound a lot wiser and prefer to motivate people...
kalau dulu2 masa kita membesar dulu tak mungkin band ni dapat masuk Malaysia, ye lah dgn tatu penuh kat badan...dulu2 rambut panjang pun kena banned daripada masuk tv :P~

i like it when he said that the band came from a small town, but now they're big and rich and succesful and all..and anyone can be that if we put our minds to it...hell yeah.

(my brother and his friends... :P~)


i slept at 1 am...worn out but satisfied ... :-)

Children of Chow Kit

Posting yg lepas byk kontroversi...(kalau nak tau ape ceritanya, silalah refer kepada posting yg sebelum ini iaitu "orang yg terlebih emo")
ramai yg tak setuju budak tu dibelasah dgn teruk oleh orang awam...ok lah saya pon tak setuju lah budak tu dibelasah begitu sekali setelah membaca artikel ini,
Children of Chow Kit
di magazine Marie Claire keluaran Oktober 2006.

(tapi Lilithfair, aku tetap kata budak yg panjat masuk rumah ko tu digari kat pokok mangga atau rotan,atau ketuk ketampi seribu kali ke mau tercabut tulang lutut dia hehe,yg budak tu ada ibu bapa tapi ibu bapa dia takleh buat apa dah..harap2 dia dah tak buat dah lepas rumah ko tu)

saya sgt2 berminat dgn kerja2 kebajikan macam yg dilakukan oleh Mama Gie ini.
one day i will do that..i want to do now, tapi ibu saya seperti biasalah, seorang ibu yg terlebih risau, nanti kalau anak perempuan dia sorang ni pi merayau kat Chow Kit nanti dia risau, susah gak kan?
jadi slowly-slowly kita berkhidmat utk negara ok?!

saya scan magazine tu, kalau nak baca klik la kat imej dan disebabkan imej tu besar,bersabar lah tunggu imej tu di-download ok.
apa2 pon, artikel itu mengisah kan dilemma anak2 apabila keluarga berpecah-belah dan berada dalam kepincangan...kesian mereka..ada juga ibu bapa yg kejam kan? mereka tak sedih ke tengok keadaan anak2 mereka yg tiada arah dan kasih sayang? dah lah tak sekolah,takde rumah, makan minum pon tak tentu lagi untuk hari tu.
curse these people for treating their children that way.

kita patut bersyukur dikurniakan ibu bapa yg kasih pada kita..takper lah kalau mak kita kuat membebel ke, marah2 ke..kita kena sabar..mesti ada sebab dia macam tu..sebab nya macam2,kena lah kita tanya ape sebabnya kan...somehow that's how they show that they care...ada ibu bapa yg dibesarkan cara dulu2, sekolah pon tak tinggi mana, diaorg bukan pandai psikologi, jadi pepandai lah kita nak handle hehe..hrummppphhh.

Ajie, MAKNA bila lagi kelas? nak abiskan satu programme tu je mengambil masa satu tahun,ko tengok tak jadualnya? ada yg cepat sikit tak?

(klik kat imej,nanti imej tu akan jadi besar dan anda boleh baca..kalau nak baca secara berterusan,klik imej dan save kan dulu)















Monday, April 23, 2007

orang yg terlebih emo..

hari ni a friend of mine,kita panggil dia Azliaje..forwarded an email. email nyer pasal seorg budak berumur 15 thn ditendang dan dibelasah oleh sekumpulan orang ramai kerana ditangkap mencuri handfon di sebuah kedai...budak tu di ik at dgn tangan di belakang, takleh lari mana lah..kesian jugak lah tengok budak tu..diam je terima je orang belasah dia..ye lah..takkan nak melawan kot..dah lah curi barang orang, pastu bila orang pukul,takkan dia nak pukul orang tu balik kan? cari pasal lagi lah nama nya tu.

the forwarded email contained comments from the sender, it goes like this:

Subject: Dasyhat:: Apabila nafsu mengambil-alih kewarasan Menurut sahabat yang mengirim, kejadian ini berlaku di Jalan Raja Laut, KL baru-baru ini. Seorang pemuda yang telah mencuri telefon bimbit di sebuah kedai handphone berdekatan telah berjaya diberkas oleh orang-ramai. Beliau diikat dan dibelasah sehingga menyembur darah dari mulutnya. Lihatlah tindakan zalim yang dikenakan ke atas si pencuri. Memang siapa pun tidak bersimpati dengan pencuri, tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan. Kesalahan pemuda ini adalah mencuri telefon bimbit, apakah begini sepatutnya hukuman ke atas beliau.
Lebih dahsyat lagi apabila pemuda tadi menyerahkan kad pengenalannya. Cuba lihat betul-betul. Rupa-rupanya beliau baru berusia 15 tahun!

(click utk besarkan gamba)
Diusia ini jika pun beliau telah mencuri si budak kecil ini tidak akan didakwa di mahkamah terbuka tetapi mahkamah juvana yang mendengar kes yang melibatkan kanak-kanak. Mengapa beliau diperlakukan begini sekali, apakah mereka yang membelasah beliau yang rata-rata terdiri dari orang Melayu/Islam itu tidak usul-periksa terlebih dahulu sehingga tidak mengenal antara kanak-kanak dan orang dewasa.

Memang budak ini mungkin telah mencuri, tetapi stigma yang akan dipikulnya lantaran dibelasah sedemikian rupa di usia muda ini pasti akan diheretnya sehingga ke tua nanti. Apakah kesudahnnya nanti, apa akan jadi kepada hidup beliau nanti?

Sepatutnya budak ini diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan dan sepatutnya begitulah juga mereka yang bernfasu yang telah mengambi kesempatan ke atas beliau yang sebenarnya lebih hina dari budak yang mencuri itu.


i replied to the email with the following comment.
ummmmmm...walaupun nampak kejam tapi kiter pikir mmg patut kena belasah budak tu.
kalau ikutkan, kena potong tangan betul tak? lagi teruk tu.
siapa suruh dia curi handfon? kecik2 pergi sekolah la bukan pergi mencuri.
lagipun budak ni dah akil baligh dah..dia dah boleh berfikir mana salah atau betul.
kalau ibu bapa dia tahu, mereka patut belasah dia lagi..(maksud saya paling kejam pon rotan lah)

harap2 dia tak mencuri lepas ni..
sebab org yg suka mencuri ni, kita takut akan jadi tabiat hidup dia nanti..
jadi baik lah dia dibelasah sekarang dgn harapan dia akan dapat pengajaran selepas ni.

just my opinion.

lepas tu ada seorang pembaca ni tak berpuas hati dgn komen saya tu..
dia pon balas la dgn emosi yg sangat tak puas hati..semua dalam huruf besar lah kan.

he said : KESIMPULANNYA TAK BAIK KITA ANIAYA ORG…BUAT BENDA YG BETUL…!

pastu saya balas : umm...ape benda yg betul nyer bang?
cuba bagi cadangan sikit...saya nak tau jugak.
boleh bertukar-tukar pendapat.
merotan ok ke?

bagaimana kita nak pastikan budak ni tak mencuri lagi?
sbb kwn saya dulu, dia tangkap budak umur 12tahun tgh pecah masuk rumah dia.
bila kita tangkap dia nangis la,muka takut giler lah kan sbb dah kantoi..
kita bagi budak tu kat mak bapak dia,warning jgn buat lagi.
dia beriya-iya janji lah.
tapi 2 minggu lepas tu, dia buat lagi.
panjat masuk rumah kawan saya lagi...
kawan saya tangkap jugak..mmg tak pukul apa pon.
lepas tu budak tu tak datang lagi, saya pikir sbb setiap kali dia cuba mesti kantoi.
i am sure dia mesti pecah masuk rumah org lain pulak, rumah yg tak akan kantoi maksud saya.

so how do we teach these children not to steal?

dia balas : KITA LATIH DIA MAIN BOLA…SEBAB …SUKAN BOLA LA BANYAK MENCURI DAN MENIPU…!
SEPERTI CURI AYAM…PURA PURA KENA BENGKES….TEGOLEK SEKALI DIA GI GULING LAGI 20 KALI SEBAB NAK
DAPAT FREE KICK…!
Takder la…! Cuma sifat manusia memang bermacam…tapi jangan la kita sampai pukul dan cederakan org lain…! Cuba org tu Keluarga..adik ker….anak sedara ker…! Apa perasaan awk…! Sungguhpun dia salah..kita dapat tangkap dan dengan saksi yg ada ..dia boleh dihukum dengan undang2

pastu saya jawab : hehe..rilex lah bang...apa kena mengena tipu bola dgn curi barang plak bang.
abang ni lari topik lah.
tapi...nak ajar main bola cemana bang?
padang bola pun tak cukup kat malaysia ni.
lagi2 buat bangunan..padang kat pandamaran klang tu pon diaorg sebok nak ambik buat bangunan lagi.

saya belasah jer adik saya kalau dia buat macam tu bang..ye lah..mak bapak kita tak ajar tau curi2 ni.
saya tau bapak saya pon akan takde mercy punya nanti.
kalau dipikirkan, elok lagi orang kita yg belasah dia..
kalau kena dgn orang lain lagi teruk,boleh kena bunuh agaknya.
mana abang nak, cedera kena belasah ke atau jumpa dalam longkang terus tak celik lagi?

pastu dia jawab : LA..TU BUKAN KES AINAYA..TU KES BUNUH…!! LAGI DASYAT…!
Tapi memang nak diikutkan ..kena ajar betul betul org camnie…! Nak dikatakan cara lembut tak jalan …pijak jer baru dia ingat…!
Sebenarnya benda nie tak kena kat kita ..kita tak tau…! So kalau awk rasa cara ganass camnie boleh buat org tobat…! Fine by me…!
Tapi kita mesti ingat…malaikat mencatit apa yg kita buat..dia repot kat Allah s.w.t….kita tunggu jer la dia bayar cash kat kita…!

saya jawab pulak : mmg betul la malaikat catit apa yg kita buat.
tapi kalau kita tak didik dan ajar betul2 dan biarkan budak tu buat dosa lagi, lagi tambah berdosa kita tau!

kes aniaya banyak lagi yg kita tak nampak dgn mata zahir kita.
kalau kes orang bawak mulut dan buat cerita sana sini sampai merosakkan hidup orang lain,
itu baru betul kes aniaya..

pakcik saya dulu belasah jer sepupu saya pasal benda2 camni,bukan pasal mencuri tapi pasal bergaduh dgn budak2 lain.
mak saya pon buat benda yg sama dgn adik saya.
bukan kata saya tak penah kena saya tak tau.
saya pikir awak yg tak pernah kena benda2 camni senarnya

pastu dia jawab pulak : Awk takyah la nak berbalah ngan saya..kita nie kan manusia biasa…! Saper kata saya tak pernah kena belasah…yg suaka belasah saya perempuan…!
Klu time dia dapat sya abis saya kena belasah…! Bintat bintat dibuatnya…!

Dah la…saya Cuma nak cakap jangan selesaikan dengan kekerasan..ini Malaysia bukan ..iraq…! so kita buat jer ikut undang undang..klu dah tak tahan sabar baru tembak jer…!

bila baca jawapan dia yg ntah apa2 ni, (tadi beriya-iya menentang kekerasan, pastu dia nak tembak orang pulak tetiba, ape kejadah nya kan?)...saya jawab la cam gini :

hahahahah..kelakar lah awak ni!!
siapa perempuan yg belasah awak tu?
isk isk isk...meh sini saya slow-talk dgn dia.
mak saya tak pernah ajar saya belasah orang tau..suka hati pulak dia belasah anak orang ye!

patutlah awak sensitif sgt pasal belasah2 ni...awak menjadi mangsa kekejaman rupa2nya...hehe..
perlukah saya report kepada Tele-Dera? hehe..

ok lah, take care and have a good day!
nice talking to u anyway.
salam..

pastu dia terus jawab : Bye..bye….!

kah kah kah!!! i terus tergelak! ape lah mamat ni..ntah2 budak sekolah kot..atau pun baru start keje...senang citer budak ni mmg tak pandai lah..dia sendiri tak tau apa yg dia argue kan..pastu nak marah2 kita pulak kan? isk isk isk..kesian..dah lah kena buli dgn perempuan sampai bintat2 badan dia..mcm kena gigit nyamuk pulak? kena attack dgn nyamuk betina kot.




Wednesday, April 18, 2007

Gunung Datuk bukan lah tahap gunung sebenarnya..
bukit Kutu jauh lagi tinggi dan mencabar senarnya.
tapi Bapak sajer jer nak buat cabaran lebih..daki waktu malam dlm gelap,tapi bagus cadangan Bapak nak tengok sunrise tu..memang lawa!

kitaorg janji nak jumpa kat tol sg besi kol 11 pm.
janji jumpa the Girls kol 10pm kat subang parade..
tapi Fuden tunggu adik dia,kol 1145pm baru jumpa Girls kat Parade,
jadik kol 12am baru gerak dari subang hua hua hua.

Bapak memang sangat lah marah...
bila berjumpa jer,dia sound dgn anak2 pon dgn ketap2 gigi ok.
Bapak langsung tak nak cakap dgn i! aduiih!
Anak2 yg tercampak kat Parade tadi pon senarnya dah bercita2 nak sumbat i dalam parit Subang Parade tau!
diaorg dok tunggu kitaorg sampai meleleh hidung haaa.
maaf ye..bukan di sengajakan...hehehe.

bila dah berkumpul semua kat tol, Fuden terkejut tengok Bapak & the Geng.
dia kata, "iskkk..geng padu ni.."
(Geng kuat la maknanya...
kalau naik turun gunung tu macam bermain bola je berlari-lari tak reti penat)
Fuden dah takut kena piawaian..samo la eden.. hehee.

drive punya drive, sampai kat senawang, makan dan minum dulu,.
i makan nasi goreng..konon2 lapar la tapi tak abis pon.
pastu Lia Laici dan Mimi macam tersyok pulak layan Shall We Dance kat TV.
pastu Bapak suruh bergerak..keciwa diaorg.

lalu kawasan kampung rembau pepagi buta tu sgt la sejuk,
kabus sangat lah tebal, tak sangka betul.
lalu Kerbau sedang melepak, besar giler beb!!!
anak2 lembu pulak berkejar-kejaran kat tengah jalan..
lalu kawasan kampung bernama BONGEK tau..
tak sangka wujud rupanya.. hehe.

kitaorg kena daftar nama dan bayar RM3 kat penjaga koperasi.
time tu dah kol 4pagi beb.
pack-pack tukar baju, kol 4.30 pagi mula mendaki.
saya pasti ada org gelakkan leotard harimau bintang saya tapi saya tak kisah asalkan tak kena pacat..

daki punya daki, rasanya tak sampai setengah jam pon,
i dah start pening kepala.
kata ngan Bapak nak stop sekejap (tension Bapak bawak aku berjalan nih hehehe)
pastu daki lagi, pastu nak stop lagi, Apek suruh jalan jer.
bila orang cakap orang nak muntah terus dia suruh stop, muntah.
"Muntah muntah kan jer jolok dgn jari muntah baru puas!" (Apek memberi kata nasihat)

apa lagi ...muntah lah saya...muntah nasi goreng yg tak abis tadi! chissss!
kalau tau eden tak makan nasi tu.
itu la tamak haloba sangat hehe.

dah puas muntah baru ringan badan, tapi sikit je lah..
pancit tu tetap pancit.

berjalan dalam gelap ni bagus gak..HeadLight kat topi.
tak terasa psiko tengok jalan pacak ke atas.
orang suruh naik, naik..tak larat, berhenti lah kan..
Apek mmg sabar menunggu kitaorg kat belakang.
Mimi contohnya, suka berfikir dahulu sebelum dia menerus kan langkah yg berikutnya.

trek tu mmg licin,nasib baik tak hujan.
kalau hujan tak tau la...sebab itu jalan laluan air.
hujan adalah antara perkara yg kami bimbangkan.

Murni mmg hebat, rileks jer naik tanpa Adek menarik atau membawa beg dia kali ni.
pergghh satu kemajuan laaa heheheh.
Suhaila tak jatuh terjelepuk.
Mimi dan Lia pon steady sebab diaorg dah beli kasut getah!

geng Padu dah jauh ke hadapan.
yg menemani kitaorg dari geng Padu adalah Bapak(biasalah kena jaga anak2) dan Apek & gadget kamera power nyer.
Apek nyer kamera ada external flashlight that can be remote controlled.

geng kitaorg ikot adik Fuden si Aizat tu lead.
lagi setengah jam nak ke puncak tetiba stamina i terlebih la pulak..
i pulak yg lead kat depan..sambil mengajak yg lain2,
"Cepat lah ! cepat lah! nak sampai ni!nak tengok sunrise!"
ehehehhee..eksen uuuuuu..!

kitaorg mengambil masa 2 jam nak sampai atas..geng Padu mungkin sejam dah sampai kot.
sabar jer diaorg mendaki dgn kitaorg yg kena piawaian nih hehe.

bila sampai kat puncak semua tersenyap ok!!
ala2 breathtaking gitu.
angin punya la kuat dan sejuk..patutla diaorg pakai sweater siap2...chet!
tapi mengasyik kan lah...Layannnnnnnnnnnn!

it's great to climb at night..
time turun gunung tu baru sedar trek tu memang akan melemahkan semangat sesiapa yg nak mendaki pada siang hari hehehe... tapi ok la.. tak tinggi senarnya less than 900meters.


Terima kasih Bapak kerana organize trip malam hari ni.
we're gonna do another night climbing again...can't wait!!! Yippieee!!!

Monday, April 16, 2007

Yahoo Messenja

*tringgggg

saya terdengar bunyi YahooMessenger kat bilik boss mat saleh ni.
he's one of the few people who are allowed to use YM here.
most of us do not have access to YM..kena block dgn IT department kat atas.
mereka tu mmg dengki...:P~

bila terdengar bunyi Ym tu teringat zaman mula2 ber-YM kat MMU.
almost everyone i know must have a YM Id or hotmail account hahah.
it's one of the most popular chatting application.
i am not so fond of ICQ tho..
but definitely a big fan of MIRC!
dari berchatting hingga lah mendownload.
tapi kat irc memula tu banyak chat..
meluahkan isi hati dan jiwa kacau semua kat kawan2 online.
they helped a lot! even tho we did not know them...
yg oversea tu mmg tak kenal secara zahir la..
semua secara digital ok...hantar2 gamba lah ... voice chat laa...
kelakar giler la kalau dipikirkan balik...it was one hell of an addiction!
anyhow, i do not know where i'd be without their kind words and support.
pc pon dah banyak kali crash kerana aktiviti online yg berlebihan hehehe.

i still love napster.. napster rocks!
nothing can beat napster.
you can find almost anything there,
& there's no spam or spyware ataupun benda2 halus yg bole meracun komputer kita...bersih..
downloading from imesh or kazaa or shareeza or irc had caused my pc to go haywired many times.
too bad napster's gone now..i wonder what happened to mr.napster now.
Napster for free? yeah right.

actually,i started buying CDs when i started using Napster.
it helped boost cd sells lah!


Bittorent is another cool downloading tool..Limewire too.

have you heard the new song from Kaer AF, Izinkan ku Pergi..?
(Lia Laici dah ada lagu tu dalam handfon dia tau!)
mak aih...i seperti biasa lah.. kan jiwang karat dan hopelessly romantik..
suka giler lah lagu tu hehehehehehe.suka sangat!!!
he made it sounds so emotional and touchy.
i wonder if the song would sound the same if siti nurhaliza..
ooppss..if Datuk Siti Nurhaliza sang it.
tapi jangan lah Anuar zain yg nyanyi..
kesian la i tengok dia kalau dia nyanyi,setiap kali dia nyanyi i mesti tutup mata..
tak sanggup tengok, macam kena sawan bak kata kawan ku si Ernie.
i tak pasti la dia menyanyi ke, dia menurun? hehehehe...

p/s: kepada peminat Anuar Zain, saya minta maaf lah ye..

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.