Thursday, October 8, 2009

berlari-lari dalam jerebu

salam Khamis..
cepat betul masa berjalan.
rasanya baru saje hari minggu sabtu ahad..
tetiba nak masuk hari minggu semula.

makin masa dikejar...makin jauh masa meninggalkan kita.
makin banyak yang di-impikan, makin menjadi sekadar mimpi-mimpi sahaja.
the more we try to catch up with time... the further it leaves us...
the more we try to reach our dreams, the more that they simply become just dreams.


sana sini bencana alam..di musim tengkujuh ni walaupun selalu hujan tetap jerebu teruk.
apa nak jadi ?

baru-baru ni ikut kawan lari relay di Ekiden Run.
dah la tido tak cukup, punya la seksa nak bangun kol 5 pagi..disuruh berlari pulak lepas tu.
takper lah belasah je la hehe.
dah lah badan tak fit..mahu dekat 2 tahun tak bersenam ni..
seperti yang disangka kan..memang semput!!!
tapi berjaya la menghabis kan larian ke stesen aku.
kalau tak mesti Hani marah huhuhu.

adakah aku akan menyertai acara larian seterusnya???
yaaaaaaaaaaaaaaaaa ! seperti yang tidak ku-sangka..
i registered myself for the next run!
damn!
ini semua ko punya pasal la Haniiiiii!

anyway got some pics (aku kan suka amik gamba!) dan sempat juga ambil gamba kawasan yang tanah nya macam nak runtuh tapi belum mahu runtuh..
tanah tu segan kot nak runtuh..jadi ia cuba bertahan selama boleh.
macam mana majlis perbandaran boleh luluskan projek pembinaan seperti ini?
ini mesti CF tipu depa tayang kat orang ni.
banyak kawasan seperti di Damansara memang tanah bukitnya ditarah habis-habisan..
nak tunggu banjir besar macam Filipina agaknya kan?

(People are stranded in Cainta, province of Rizal , eastern Manila)

(Residents clamber on electric wires to stay out of floodwaters while others wade neck-deep in Cainta Rizal, east of Manila)

(An aerial view aboard a Philippine Air Force chopper shows devastation brought by Tropical Storm Ketsana in Cainta, province of Rizal , eastern Manila)

Di bawah ni..Putrajaya huhuhu
(Tanah yang nak runtuh tapi tak mahu sebab tanah berasa kesian kat orang yang duduk dalam bangunan tu. Mungkinkah pihak berkuasa sedikit pon takde rasa kesian???
Kesiaaaaaaaaan (disebut dengan intonasi seperti dalam filem Allahyarham P.Ramlee iaitu filem Madu 3)...
kesian pada tanah, kesian pada orang yang duduk dalam bangunan, dan kesian kepada pihak berkuasa kerana tidak nampak keadaan ni...kena kasi pakai binocular kot biar terang pandangan mata hahaha..nyanyi sikit..

"dari kerana mata,

yang mempunyai kuasa,
oh, aku tergoda,
aku tergoda terpesona,
dari kerana mata...": lagu R.Azmi )

ok lah dah merepek tahap dewa...sekian..have a good day (^_^)

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.