Wednesday, December 12, 2007

Kisah Al-Hassan Al Basri dan Khalifah HArun Al Rashid

to be shared with everyone...semoga menjadi pegangan kita juga..

inilah sahabat sejati...
sentiasa menasihati dan membawa kita ke arah kebaikan...
sweeeeet...(^_^)


*******************************************************
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r. a. berkata,
"Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."

Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Kisah Al-Hassan Al Basri dan Khalifah Harun Al Rashid

"After the establishment of the Abbasid Caliphate in the eighth century C.E. with its capital at Baghdad, the highly Hellenized medical centre of Gondeshapur in south west Persia began to radiate its influence. Harun al-Rashid encouraged the translation of Greek medical texts into Arabic, which for the next five hundred years would be the principle language for the dissemination of medical science from Baghdad to Toledo. The works of Hippocrates and more importantly those of Galen dominated, which the Arabic authors commented on and augmented."


Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya.

Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat.
Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.


Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir.
Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis.

Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan.

Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.


Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?


Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut.
Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.


Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus,baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri.

Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri
membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana. Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.

Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri!


Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri!

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2. Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.


Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.
Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.


Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.


Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?


Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini..
jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri.

Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya. Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.


Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.


Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar. Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.


" Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.


Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah.
Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut.
Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu.
Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat.
Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal.

Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.
Sekian.
Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid "

Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

"
Salam,
Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?


Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ?

Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik
rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu.

Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung.
Kau biarkan mereka
tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka.

Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.


Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan.

Amanah rakyat telah engkau khianati.

Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.


Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?


Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu.

Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!


Sekian.


Hassan Al Basri "

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri.
Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada
Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.


Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu.
Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya.Kini hatinya menjadi rungsing.

Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan.
Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu berkatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.


Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.


Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?


Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai
oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri.

Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah
dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini.
Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu.
Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.


Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ.
Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.

Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya.

Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu.

Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas.

Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.


Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat.

Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan
Al Basri dan terus menangis.Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya.
Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.


Tuesday, November 27, 2007

crappy today.

huhu..rasanya macam dah lama tak singgah sini.

hari ni rasa very crappy.....


dulu..i was sooo quiet, i hardly talk.
but i know i always smiles whenever people looked at me or smiled at me,
i would definitely smile back.

dulu saya tak reti bahan orang.
tak reti kerek.
kalau di buli pon tak reti jawab balik.

tapi sekarang dah pandai...
kawan sekolah rendah yang dulu nya selalu kenakan saya,
(dia seorg je member yg selalu buli saya hehe),
pon dah pelik dgn perangai saya yang dah pandai buli balik.

orang loyar buruk dgn saya , saya dah pandai loyar buruk balik.
"ini semua sebab ko naik gunung lah ni...sejak naik gunung ni ko dah pandai menjawab ye" , my fren said.

and i said, "tak boleh ke?"
and she said, " boleh, boleh..aku kena biasakan diri lah.."

heheheh..

sampai Bapak pon geram dgn saya hehe..
"ooooo wana sejak dua menjak ni dah pandai kerek ek...dgn Bapak pon nak kerek!"
hehehehe..sikit lagi nak kena cucuk dgn garpu!
nak kena balik dgn nestin pong ada !
jangan marah pak gurau jer!

anyway, kalau dulu saya banyak senyap dan simpan kan dalam hati.,
sekarang dah pandai cakap terus-terang.

terasa pelik dan bersalah pon ada.

salah ke ape yang saya lakukan?
kalau tak terus terang, mungkin orang tu tak tau ape yang kita fikirkan atau rasa...
tapi mungkin cara saya berterus terang terlampau kasar,
atau pun mungkin tak disangka saya mampu berkata-kata sedemikian rupa.

i still couldn't believe i managed to be so harsh..
but i think i somehow am running out of patience.

bila kita lurus bendul, orang senang je putar belit kita.
benda kecik pon nak kelentong..
tapi lurus tak semestinya bodoh.
lama-lama dapat tahu jugak..heh.
kena suruh diri bersabar ni...
sabar kan separuh daripada iman.. hehe.

just putting a smile on my face right now.
i hope i can hold my temper and use it wisely :)

Wednesday, October 17, 2007

sleepieee di hari raya ke 5

selamat hari Rabu...
wahh...tersangat lah mengantuk nya.
sepi opis nih...sumer org cuti lagi hehe..
tapi takper...
hopefully this weekend will be a blast.

badan tengah sengal-sengal ni, hati dah lama nak cuba ber-YOGA.
sedang surf2 jumpa lah Yoga Instructor's blogspot..
she's the editor for Hati Yoga magazine..


cun arr gamba ni..
gamba2 dalam blog ni mmg smart..
badan dia mmg sgt lah flexible nyer..
dan kuat juga..tgk saja muscle2 kat tangan dia..

(ok kawan2, mari kita balance kan badan kita heheheh)

i wonder...can we bend and flex and twist our bodies the same way like she did?
*tergelak...

Tuesday, October 16, 2007

Aidilfitri...hari mulia..hari yg bahagia..

salam Aidilfitri kepada semua..

(we're flying we're flying......:P~)

setelah sebulan berpuasa dan beribadat di malam hari, Syawal pon tiba.
rasa sedih pula pabila Ramadhan berakhir.
pagi tadi saya terbangun kol 5 pagi, perut terasa lapar plak.
maklum lah dah biasa bersahur jam tu kan...

raya tahun ni sekejap je..raya ke-4 dah masuk keje balik.
sunyi sepi opis ni..

saya banyak ambil gamba kanak2 je balik kampung ni..
suka la dgn budak2...comel2 belaka hehehe..
teringat zaman kanak2 saya dulu..
tiba raya memang seronok sangat..
tunggu pakcik saya yg kerja askar bawak ber kilo-kilo mercun dan bunga api..

(gamba ihsan dari : http://shw.fotopages.com/2995544/Selamat-Hari-Raya.html)

fuh memang puas hati!
satu malam jer kitaorg boleh habis kerja kan setengah dozen plastik sampah besar bunga api dan mercun..
pastu siap sepupu2 yg besar siap buat mercun buluh..oopppss.. mercun besi..
(saya tak sempat la nak nengok mercun buluh)

tapi zaman kita dulu takde pon kes meletup sana sini..putus ibu jari la kaki la itu la ini laa..
tak faham la dgn budak2 zaman sekarang..
mak bapak diaorg tak jaga diaorg ke, tak tengok2 kan ke masa budak2 tu main mercun???
salah siapa agaknya yeee?

masa balik P.D. pertama kali tengok sepupu saya mandikan anak dia yg istimewa..
kanak2 ni dah umur 4 tahun tapi masih tidak dapat duduk mahupun makan sendiri.
pakai pampers lagi..
memandangkan dia takleh duduk atau berdiri, ibunya letak dia atas kaki dan mandikan dia...
sabar & tabah betul sepupu saya menjaga anak kesayangan nya ini.

Pengorbanan seorang ibu memang tidak ternilai dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...

(kak Ana sedang mandikan Afiq)

(kak Ana sedang angkat Afiq)

Afiq sedang menjalani rawatan terapi di Tanjung Malim..
kita lihat keberkesan terapinya nanti...
how the little boy progresss ok?! will keep this updated ! :)

Mengikut kata sepupu saya ini, saya panggil kak Ana, dia tak boleh melahirkan anak secara normal, jadi terpaksa lah lahirkan secara Caesarean Section.
Anak nya yg pertama perempuan, selamat dilahirkan secara Caesar,
dalam pembedahan selama 2 jam.

tapi anak nye yang kedua ini, pembedahan selama 9 jam!!!!
baby tu keluar dah biru lebam, tapi semangatnya masih kuat utk terus hidup.
masuk dalam inkubator, dan alhamdullilah survive,
tapi jadi istimewa atau cacat lah macam yg anda lihat dalam gambar di atas.

Kami suspek pembedahan tu ada salah doktor,
tapi pihak hospital tak nak kasi sepupu saya ni tengok report pembedahan tu...
adakah mereka menyembunyikan sesuatu????? hmmmmmmmmmmm...
Jadi, hati2 ketika anda masuk hospital ye.
kalau ada rasa tak sedap hati..
baik bertindak atau tanya kawan2 yg kerja profesion medicine ni..
minta nasihat dan rundingan...ok?

Sempena Syawal ini, ingin saya doakan:

Ya Allah,
Sempena Syawal yg barkah ini,
muliakan & sayangi saudaraku yg sedang membaca blog ini.
Bahagiakan keluarga nya,sihatkan tubuh badan nya,
berkati rezeki nya, kuatkan iman nya.
Berilah kenikmatan ibadah pada nya,
Jauhkan nya dari fitnah.
Suburkan benih KeIslaman pada zuriat keturunan nya,
& masuk kan dia ke dalam Syurga Mu tanpa hisab.
Amin, Ya Rabbalalamin.


Kepada semua...Salam Aidilfitri,Maaf Zahir Batin.

Di mana jua anda berada dan pergi beraya,
Fi Amanillah (Semoga Anda di lindungi Allah)

Thursday, August 16, 2007

Cerita sebenar P.Ramlee

eheh..sempena hari merdeka ni...
ada email kelakar diterima dari cik Pinkie hehehhe...

*********************

Siapa tak kenal P Ramlee?

Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip, etc.
Dia seorang Sen im an Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.

Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik?
Tiga daripadanya adalah artis.

Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar sejarah.

Berikut adalah nama adik-beradiknya: A Ramlee, B Ramlee, C
Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J
Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q
Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X
Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:
A Ramlee, L Ramlee, M.Ramlee dan P Ramlee.

Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan..
iaitu Ramli Burger.

Sekian terima kasih.

Wednesday, August 8, 2007

Chocolate (one way to show my support to local made product)

do you know Beryl's chocolate? this is local product tau..Malaysian manufactured.

ini salah satu yang menjadi kegemaran saya,and i am absolutely obsessed with this chocolate ok!

kalau kasi i satu bungkus dalam 15 minit mesti habis punya!

aduhhhh caner nak diet ni? hehehe.


jangan beli kat KLIA...sebab kat sana jual sebungkus RM10.


i found this chocolate in KLCC's Isetan supermarket,RM4.50 jer sekotak.

giler menipu KLIA! chissss!

errr..did i mention sebungkus earlier? hehe..silap.

kalau pi KLIA, pantang betul kalau promoter tu dok promote coklat pastu kata "ini imported chocolate miss, mesti beli miss,sedap miss"
ermmmm.. dengar perkataan "imported" jer terus tak jadi beli ok!

kalau local made saya beli lah ... huhu.

walaupun keciwa dengan keadaan Proton sekarang, i still plan to buy a local car later...hopefully they would be better by then.


pagi ni ambil gamba langit kat depan rumah masa nak kluar pi keje.
ternampak anak bulan kecikkkk jer kat atas sana..banyak2 bersyukur.. :)

Wednesday, July 18, 2007

to all Mothers

to all the ladies out there...
(there is so much to write about it but i'll rather keep it simple)

i was watching Oprah last nite (wed 18july 2007)..
it was a tribute to Mothers on Mother's Day.
Oprah was with Maria Shiver (who?did i get the spelling correct?)..
she is the wife or Arnold Schwarzenegger huhuhu...
& a close relative to the famous Keneddy family...
how close? 1st cousin if not mistaken..err not sure of the connection anymore..

such a moving dialogue this topic is.
they interviewed Demi Moore, Vanessa Williams and Vanessa's mothers.

i was at awe when Demi Moore said...
"the only time that we own our children is when they are in the womb. once they are born we just have to begin with the process of letting go & let them grow to be what they are & what they want to be..."

"after all..each child is her/his own individual."

fuh....deeep...

Demi Moore is highly opinianated..
she should listen to her talk..she is damn smart ok.
& she fell in love with Ashton Kutcher which is 15 years her junior.
Ashton who? & u think Ashton is stupid?
think again...
he was studying Bio Engineering in back in his university days ok.
because he wanted to find a cure for his sick twin brother(ada masalah tulang ke abenda ntah).
(i knew this from channel 76 on astro huhuhu)
so not so stupid lah even tho in Punk'd ..he is bloody annoying..to the bone!

Demi's mother was as alcoholic.
when Maria asked on this Mother's Day, what would you say to your mother?
she said... "Thank you."
hihihih..sweet.

When asked by Maria if a mother could be a girl's best friend,
Vanessa's mother, Helen said "I am her mother. She has friends."
hahaha!!! i was laughing...
she is damn smart and her conscience is damn clear ok!
she was like..."me? her friend? r u kidding me?i have responsibilities here! i didn't carry her 9 months in my tummy for

fun ok!" hehehe.
but i could see she is very hard on her children, difficult for her to give compliments..
constantly criticizing..so that her child be at her best.
ehe..same as my mother but she had changed a lot now heheh.

Maria said that...everyday she says "i love you mommy"
i've been practising that to my parents as well...
in fact..my brothers and i only started hugging our parents around errmmm 4-5 years back.
before this, we did not hug or display any affection.
as if we don't love each other at all.
and it was my mum who initiated it..
my mum is one smart lady.

she is always evolving...
always want to be better in everything she does.
she never gives up...
she is so strong and she always have faith.
how i adore her :)

my mum often says "sekali bah,sekali pantai berubah,inikan pula manusia"
but she is using it in a positive way.
she means, we must always change...for the better.
terima kritikan dan berubah untuk menjadi lebih baik..setiap hari.
everyday we are students, the learning process will never stop till the day we die.

ini baru Wawasan 2020!

i want to write a letter to my mum...
& send to her from here in btu.
i bet she will be delighted.

my mum selalu membebel kalau i nak keluar.
dia risau yg amat..kat luar tu mana tau kena rompak ke,langgar lari ke dan macam2 lagi.
kalau nak bukak pintu pagar pon dia suruh usha keliling dulu takut orang ambush..
kelakar kan...i feel her.. but i still need to go out ok!

i may not be the best daughter..
& just because i may not be able to seem to love her the way she wants me to,
does not mean i do not love her with everything i have.

a big thank you to my Mother & to all Mothers out there.

Tuesday, July 17, 2007

my mind seems so empty.
is it because i am unmotivated at work?
hehe. i think so yes. a BIG yes.
need help.

Bintulu again..how boring..
sampai KLIA kol 10.30...
dah beratur lebih setengah jam, tapi tak jugak check-in lagi.
MAS byk tutup kaunter.
muka mereka yg beratur kelat jerrr..

pastu flight delay...
hhmm...(tapi tak seteruk AirAsia lah)
ada staff2 yg berdiri kat tepi org beratur tu tapi buat apa kan...
baik masuk kaunter tolong check-in kan penumpang.


makanan MAS sejak En. Idris Jalla amik alih mmg tak best.
dulu ok la jugak..tapi bersyukur lah ada makanan sbb mmg tgh kelaparan hehe.

pastu tgk awan di luar..
Subhannallah..lawanya awan.
rasa nak capai jer..
Apa kah rasa nya jika kita dapat memegang awan?

Adakah ia terasa seperti kapas?

Atau adakah ia terasa seperti air?

air (ayer)....unrenewable source...
what would happen when there is not water?

sedih melihat kerosakan di muka bumi ini.

naik Gunung Genting Sempah pada 8 Julai lepas dgn otai2 ABM dan pendaki2 tegar.
first time trekking tanpa Bapak...huhu...nervous ooo.

dari luar nampak lawa jer dah sampai rupanya ada trek balak.

ooooo...ada aktiviti pembalakan rupanya.
tebang, tebang dan tebang lagi tapi tak tanam balik.

(kayu-kayu balak yang menjadi mangsa ketamakan manusia)

it is sad...masa turun tu hujan lebat pulak...
bermandi la lumpur semuanya.
air turun dgn lajunya, hakisan tanah baik punya.

nice day anyhow.
esok nya terus demam...huhuhu.

so sleepieee.....helppppp!

Monday, July 2, 2007

nak try? petua tercekik tulang

salam semua..
hari ini sangatlah mengantuk kerana bergayut kat telipon sampai kol 4 pagi ok!
bergayut dgn rakan baik ku, she's feeling down...just lending my ear to her.
dalam erti kata bahasa kita.."pinjam kan telinga kepada dia" utk beberapa jam malam tadi hehehe.

to her, be strong...
there is always a reason for something that happened.
cuma Allah yg tahu, mesti ada hikmahnya..
just want to let u know, if u need me i'll do my best to be around for u.

got this from an email forwarded by a wonderful friend called Pinkie hehe.
memang nak sangat lah shar
e dengan semua orang...
bacalah sampai habis ye...
enjoyyy....

********************************
Petua.....TERcekik.... tulang..

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...ohhh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(sila rujuk ustaz jika tidak tahu) ... lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...?" atau "tak baik lutut tinggi pada makanan.." atau "ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur.
InsyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang.
(Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!)

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu atau garfu..
kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi...
nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon?
nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat !
hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir)..
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian...
Ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari..
maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"
(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!" tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh" kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(cuba bayangkan keadaan seorang mak cik sedang tercekik tulang).

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer!" kata abang aku.

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak aku pun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk dipenuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURNS!!!!!!

"HA HA HA HA HA !!!" semua org ketawa....nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
semuanya dari Allah!!!


he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,just pengalaman.

*************
kuang kuang kuang...end of story..
just a happy-loyar-buruk story to start the day.

Friday, June 29, 2007

Teka-Teki Imam Ghazali

Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya.


Pertama ,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya".
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI".
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang".
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
" Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari".
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan".
Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT".
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang".
Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA".
Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wednesday, June 27, 2007

Slow Down Culture

i got this from an email i think..
worth reading...and practising! if you could of course.

kesimpulannya..lagi kurang kerja lagi bagus?

hehhe tidak..kesimpulannya...use your resources wisely & jgn kiasu..huhuhu


*****
Slow Down Culture (Anonymous)

It's been 18 years since I joined Volvo, a Swedish company.
Working for them has proven to be an interesting experience.

Any project here takes 2 years to be finalized, even if the idea is simple and brilliant. It's a rule.

Global processes have caused in us (all over the world) a general sense of searching for immediate results.
Therefore, we have come to posses a need to see immediate results.
This contrasts greatly with the slow movements of the Swedish.

They, on the other hand, debate, debate, debate, hold x quantity of meetings and work with a slowdown scheme. At the end, this always yields better results.

Said in another words:
1. Sweden is about the size of San Pablo, a state in Brazil.
2. Sweden has 2 million inhabitants.
3. Stockholm has 500,000 people.
4. Volvo, Escania, Ericsson, Electrolux, Nokia are some of its renowned companies.
Volvo supplies the NASA.


The first time I was in Sweden, one of my colleagues picked me up at the hotel every morning.
It was September, bit cold and snowy.

We would arrive early at the company and he would park far away from the entrance (2000 employees drive their car to work).
The first day, I didn't say anything,neither the second or third.
One morning I asked, "Do you have a fixed parking space?

I've noticed we park far from the entrance even when there are no other cars in the lot."
To which he replied, "Since we're here early we'll have time to walk, and whoever gets in late will be late and need a place closer to the door. Don't you think?"
Imagine my face.


Nowadays, there's a movement in Europe name Slow Food.
This movement establishes that people should eat and drink slowly, with enough time to taste their food, spend time with the family, friends, without rushing.

Slow Food is against its counterpart: the spirit of Fast Food and what it stands for as a lifestyle.
Slow Food is the basis for a bigger movement called Slow Europe, as mentioned by Business Week.

Basically, the movement questions the sense of "hurry" and "craziness" generated by globalization, fueled by the desire of "having in quantity" (life status) versus "having with quality", "life quality" or the "qualityof being".
French people, even though they work 35 hours per week, are more productive than Americans or British.

Germans have established 28.8 hour workweeks and have seen their productivity been driven up by 20%.
This slow attitude has brought forth the US's attention, pupils of the fast and the "do it now!"

This no-rush attitude doesn't represent doing less or having lower productivity.
It means working and doing things with greater quality, productivity, perfection, with attention to detail and less stress.
It means reestablishing family values, friends, free and leisure time.
Taking the "now," present and concrete, versus the "global", undefined and anonymous.
It means taking essential values, the simplicity of living.

It stands for a less coercive work environment, more happy, lighter and more productive where humans enjoy doing what they know best how to do.
It's time to stop and think on how companies need to develop serious quality with no-rush that will increase productivity and the quality of products and services, without losing the essence of spirit.

In the movie, Scent of a Woman, there's a scene where Al Pacino asks a girl to dance and she replies, "I can't, my boyfriend will be here any minute now".
To which Al responds, "A life is lived in an instant". Then they dance to a tango.

Many of us live our lives running behind time, but we only reach it when we die of a heart attack or in a car accident rushing to be on time.
Others are so anxious of living the future that they forget to live the present,which is the only time that truly exists.
We all have equal time throughout the world.
No one has more or less.
The difference lies in how each one of us does with our time.
We need to live each moment. As John Lennon said, "Life is what happens to you while you're busy making other plans".

Congratulations for reading till the end of this message. There are many who will have stopped in the middle so as not to waste time in this globalized world.

Thursday, June 21, 2007

outdoor trips

ada trip ke Gunung Bunga Bunga---> serangan pacat dan cabaran berlumpur...first time kena gigit pacat ok!

ada trip ke Bukit Kutu ---> training utk mendaki Gunung Kinabalu..

dan seterusnya trip ke Kinabalu....---> best sangat! rasa macam masih bercuti jer :P~

tak sabar nak kumpul gamba2 dari rakan2 yg telah menjayakan trip itu.

akan bersambung....

Wednesday, June 6, 2007

silent hero...dying breed

yesterday morning,
my dearest cute friend Ernie called up just to tell me a story.

(Ernie pls forgive me if i'm wrong coz masa ko cakap tu tak clear sikit sbb ada org kat tepi aku bercakap2 jugak hehe)
tadi pagi jem kat jalan nak pi Glenmarie.
ada kereta rosak kat tengah2 traffic lights tu jadi semua kereta dah kena block from all directions.

tetiba ada seorang nyonya tua, rupanya macam orang dah pencen lah, keluar dari kereta dan terus kawal trafik..

dia merangkap Polis Trafik Terjun lah kiranya tu..
and my friend said she's doing a good job and amazingly every driver there followed the Nyonya's instructions.
my friend pon sama dgn patuhnya mengikut arahan Nyonya tersebut hehe.
disebabkan keikhlasan Nyonya tu trafik di jalan tersebut terkawal...kalau tak..jem,beratur panjang tak hingat.

10.33am : Ernie just sms-ed me, dia kata abg despatch kat ofis dia bagitau Nyonya tu lama control traffic kat situ.
Kat kol 10am tadi baru polis trafik yg sebenar sampai!

fuh...caya lah kat Nyonya tadi...tak ramai manusia yg macam ni,
lebih2 lagi kat Malaysia ni where we thought everyone is kiasu.
boleh dapat PJK (Pingat Jasa Kebaktian) tu....:P~

Ernie called this Nyonya .. Silent Hero...they are very rare and a Dying Breed..
meaning orang2 yg ikhlas macam ni semakin hari semakin hilang.
one day they will be gone.
cuba kira, berapa kerat sgt lah yg sanggup berhenti tepi jalan tolong orang lain repair kereta rosak?
berapa kerat yg sanggup sacrifice time and money and energy to help others?
ada memang ada..but living in a metropolis world make us become more individualistic than ever..
everything is about oneself.

Ernie also introduced me (takde lah introduced senarnya dia tunjuk kan ajer)..
seorang Nyonya lagi kat Subang Jaya yg hari-hari kasi kucing makan.
Ernie, Alin and me were 'lepaking' kat Syed SS 19 SJ tu when suddenly a car parked near us.
Ernie terus cakap " ahhh ko tengok ek Nyonya ni, ko tunggu..dia hari-hari kasi kucing2 kat sini makan.
Kucing2 ni macam anak2 dia..tiap2 hari kasi makan tak pernah miss!"

Ernie was damn right! Nyonya tu keluar kereta, pastu entah dari mana ntah kucing2 meluru kat dia.
they know that this Nyonya came for them.
pastu Nyonya tu bercakap2 pulak dgn kucing2 tu..."hungry ah hungry ah wait lah wait..i give you i give you..don't fight"
ermmm...pastu dia pon kluarkan kertas suratkhabar dan tabur nasi goreng kat situ..
kucing2 tu pon berebut makan..kalau ada kucing membuli kucing lain Nyonya tu akan marah kucing tu.
huhhh....thought i find this lady weird, but somehow she's being nice...to cats in particular!
well...not everyone would give away food to cats for free.
i wonder if she's generally nice to Human too? hehe.
tapi ini takde lah dapat PJK...hehe.

Alleycats Loga passed away


His passing is a HUGE lost to the country's entertainment industry and Irreplaceable.

T
erus-terang saya katakan saya amat meminati lagu2 oleh artis2 kita dari era sebelum abad ke 21 ni..
the songs from R.Azmi, P.Ramlee,Sudirman, up to the rock bands macam XPDC,Wings,Search dan setara dgn mereka memang best...berkualiti...menyentuh perasaan..u can feel the honesty and sincerity from the music.
their songs are evergreen.
but now...susah nak cari lagu2 yg boleh "go" ...
arena musik Malaysia lebih dikuasai oleh artis2 Indonesia dan barat.
ada beberapa kerat lah macam Misha Omar dan Siti Nurhalizot tapi tak se-booming artis2 dari luar.
Sheila Majid dan P.Ramlee dulu pon glamer kat oversea tapi sekarg ?

bukannya artis2 kat Malaysia ni takde bakat, tapi artis2 yg baru naik ni lebih glamer drpd bakat dan cinta pada bidang seni itu sendiri.
they don't have the natural talent and they just don't have the Passion!
they are not Entertaining...they kasi Kepala Pening.

Such a waste of time,money and resources.
daripada diaorang menyanyi lah berlakon lah kan,
baik diaorang sambung belajar, cari kerja elok2 , berkhidmat kepada Negara! adalah lebih baik.
Negara kita dah lah kekurangan pekerja dalam semua bidang.
we are lacking of Doctors, Nurses, Soldiers, Polices, Scientists, Teachers, dan lain2 pekerjaan bukan 'kolar putih' seperti bahagian buruh dan pembantu rumah juga amat-amat kurang.
Ahli2 politik juga kurang kerana yg ada sekarang pon tidak berkualiti dan perlu diganti...:P~

zaman80an dulu pada saya adalah zaman..
hmmm caner nak kata ek..macam harmoni sangatlah masyarakat kat Malaysia ni..
bahasa Malaysia sememangnya di angkat sebagai Bahasa Kebangsaaan kerana yg warganegara yg bukan melayu mencipta dan menyanyikan lagu2 semua dalam bahasa Malaysia (yg asalnya bahasa melayu lah kan).
Contohnya Alleycats,Gingerbread, Flybaits, Headwind, Kenny,Remy & Martin,Francesca Peters,Roy Sta Maria,Ben Nathan, DJ Dave dan etc etc etc...Sekarang???

oh ye..FYI (for your information) Mr Loga died of Lung Cancer...bacalah petikan akhbar tu dan anda tahu dia dah berhenti merokok sejak 15 tahun lepas tapi masih lagi mati diserang kanser peparu...
a disturbing fact isn't it?

Monday, June 4, 2007

Gua2 dan Gunung Senyum 18-20 May 2007

(This post is long overdue...)

"for climbers only" itu lah kata Bapak.

trip ni memang menarik...santai bak kata Bapak.
Hari pertama berjalan2 satu hari suntuk meneroka gua2, hari kedua baru mendaki ke puncak Gunung Senyum.

trip ni memula ingat hari sabtu, tapi hari jumaat tu Bapak sms tanya pollow tak malam ni?
tak tau pulak kena gerak jumaat malam, ada janji nak karaoke dgn member2 malam tu jadi kensel lah.

pendakian 9orang ini diketuai oleh Bapak, diterajui oleh Paitot sebagai guide pencinta Gunung Senyum hehe, Raja Mongkut bersama tongkat hikmat, Encik Panther yg gayat, Encik Petai yg baik hati, E
ncik Nazry pembawa air, Cik Aida yg slim, Cik Mira Ilola pendaki segar yg seronok gelongsor and me.

(sedang duduk2 di kemsite tika baru nak meneroka Gua2)

waited for Bapak to pick me up at komuter station.
Masa nak letak beg kat belakang jer masa tu jugak Bapak show-off kamera baru dia...ummmppphh chitttt.

Kami semua bergerak ke Temerloh,Pahang mengikut Karak highway kot.
saya kalau pasal jalan ni mmg ada unsur2 tak boleh harap sikit...
Bapak mmg drift memanjang lah kekekeke...
Aida tido jer sbb dia dah mengantuk dan dah biasa..
me menikmati jer drift2 tu hehehe.

Kawasan Rekreasi dan Pusat Renjer telah ditubuhkan untuk Gng. Senyum.
malam tu tido kat tempat orang beri ucapan kat tempat rekreasi tu..simen tiles tu mmg sejuk.
saya dgn bermurah hati telah memberi sleeping bag kepada Petai sbb tak sampai hati tengok dia tido bersejuk.
ingat kan cukup panas lah dgn jaket bulu angsa Bapak..
tapi pastu ada sikit2 unsur buruk siku gak lah sbb tak tahan sejuk simen tu kan hahahaha..padan muka.
Thanks Bapak sbb kasi clarimat.

so the gents tested their cameras..
Bapak,Panther dan Nazry tak habis2 amik gamba serangga yg berkumpul kat lampu tu.

(beauftiful misty morning)

esok pagi nya selepas memasang fly dan makan sandwhich kami bergerak untuk meninjau gua2 di situ.
mengikut Paitot ada paling kurang 20 buah gua batu kapur di kawasan sekitar itu.
mmg seharian meninjau gua2 lah i tell u...
paling saya takut Gua Tok Long yg ada makam tu..tak berani lah i!

kita boleh melihat batu karang pernah hidup di dinding2 gua2 ini.
ini kerana gua2 ini sebenarnya adalah Dasar Laut pada jutaan tahun dahulu.
when the Tectonic Plates seperated and built the world we live in today,
some parts of the bottom of the sea moved, collided, and were pushed up,
menjadi tanah2 tinggi,gunung ganang dan banjaran2 yg kita lihat sekarang.
itu lah ciptaan Tuhan..we can never emulate that.

(sempat posing lagi semua)

ada satu part tu tinggi sangat Mira Ilola mmg tak mahu naik pada asalnya.
tapi Bapak boleh psaiko dia sehingga lah Mira sampai ke atas ... cayalah!
apa yg cayalah? Cayalah Bapak ke cayalah Mira?
cayalah Bapak power psaiko dan cayalah Mira kerana berjaya memanjat batu yg curam itu! yeay!

(Mira sedang memanjat sambil dipsaiko oleh Bapak dari belakang)

The next day we went rock climbing Gunung Senyum.
agak suspen pada mulanya kerana kereta Mongkut tidak dapat start...sejuk sgt sebab itu lah.
tapi nasib baik dapat start akhirnya..last call itu berjaya! yeay!
kalau tak kena la rentas ladang sawit jalan kaki lebih kurang satu jam...errkk.

the climb was awesome.
it was fun...but dangerous of course!
"byk batu2 bergerak" pesan Paitot.

semua ala2 spiderman lahhh kan..like me merangkak-rangkak memanjat batu2 nak ke atas..

(lihatlah gambar Aida ni..menggambarkan begitu payahnya nak mendaki haa)

ada tempat yg Mongkut gelarkan "air mata darah" because the cliff there scared the hell out of him.
ohhh in fact it scared the hell out of us all !!! hehe.

(curam air mata darah itu)

hari agak panas lah sebab mula naik pon pukul 11 lebih...
semua orang kehabisan air kecuali air yg belum masak yg dibawa oleh Nazry...
tu yg Bapak buat masak bihun dan air kopi tu...sedapnyaaaa.

walaupun pendakian mengambil masa lebih dari 2 jam setengah seperti yg dibajet oleh Paitot,
(agak2 dalam 4 jam kot)
but the view was wonderful..we were lucky the weather was good..
puas lah tengok pemandangan kat atas tu...
Bapak kata "kita naik untuk ini jer? 485 meter?" kekekekek..

masa berjalan turun Bapak,Panther,Aida dan Petai turun last...sempatlah diaorg kena hujan! hehehehe...seronok Mira sebab dapat menggelongsor ke bawah terus...we were lucky that they managed to passed the air mata darah cliff just before it rains...Terima kasih Petai kerana tolong bungkuskan handfon!

all in all it was great...
alhamdullilah semua ok and we went back happy walaupun Petai dan Bapak dah lambat masuk kerja hehehehe...
Thank you everyone!


from http://tercomel.blogspot.com to http://nsyazwana.multiply.com

Thursday, May 31, 2007

sheila majid - dia

good morning everyone!
waw i feel happy today dunno why.

actually hari ni rasa ngantuk sgt sbb semalam tak cukup tido.

my brothers made noises (playing games?) at night..
i woke up just to shut them up.


oh yes... i think i know why i'm happy.

minggu ni ada plan mendaki.

minggu depan ada plan mendaki..
dan juga minggu2 seterusnya.

:D
seronotnyaaa!
trip gunung senyum pon tak sempat cerita lagi nih.

bukak iTunes and first song that i listened to is Sheila Majid's , Dia.
suka lah lagu tu..beberapa bulan yg lepas boleh dikira hari-hari saya dengar lagu ni hahah.
(sekarang hampir hari2 dgr lagu Ungu pulak ok semenjak naik Tabur itu hari!)
did you know she just gave birth to a healthy baby girl? at the age of 42? wawww...
i saw her maternity pictures in magazine...
Sheila Majid tetap nampak cute dan anggun walaupun sedang pregnant masa tu.

semalam jumpa apek,pinkie dan suhaila..
suhaila gave me a chocolate bar courtesy from Rafidah the pengantin baru.
coklat tu mmg smart...tapi kan...saya macam tak sampai hati lah nak makan coklat tu.
but one day i will eat it of course hehe.
sebab itulah dah ambil gamba siap2 ni..
p/s: Rafidah happy nyer gamba anda hehehehe...hope u'll be all smiles and blessed.


+++
another wedding i wanted so long to upload the pics but i haven't got the time.
it's Ninie's beautiful wedding, on saturday 28th April 2007 at KL Convention Centre.
wahhh dah lama nih...this post is sooooooooooooooo backdated hehehe.
jgn marah arrr Ninie.
congratulations again!
everything that night was smooth and wonderful.
i could actually feel the love in the air you know! seriously! hehe.
cepat2 tambah JUNIORs ok! hehe.
may you're in bliss and blessed alwaysss.

p/s: their photos and videos on that night by manggis

from http://tercomel.blogspot.com

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.