Monday, June 4, 2007

Gua2 dan Gunung Senyum 18-20 May 2007

(This post is long overdue...)

"for climbers only" itu lah kata Bapak.

trip ni memang menarik...santai bak kata Bapak.
Hari pertama berjalan2 satu hari suntuk meneroka gua2, hari kedua baru mendaki ke puncak Gunung Senyum.

trip ni memula ingat hari sabtu, tapi hari jumaat tu Bapak sms tanya pollow tak malam ni?
tak tau pulak kena gerak jumaat malam, ada janji nak karaoke dgn member2 malam tu jadi kensel lah.

pendakian 9orang ini diketuai oleh Bapak, diterajui oleh Paitot sebagai guide pencinta Gunung Senyum hehe, Raja Mongkut bersama tongkat hikmat, Encik Panther yg gayat, Encik Petai yg baik hati, E
ncik Nazry pembawa air, Cik Aida yg slim, Cik Mira Ilola pendaki segar yg seronok gelongsor and me.

(sedang duduk2 di kemsite tika baru nak meneroka Gua2)

waited for Bapak to pick me up at komuter station.
Masa nak letak beg kat belakang jer masa tu jugak Bapak show-off kamera baru dia...ummmppphh chitttt.

Kami semua bergerak ke Temerloh,Pahang mengikut Karak highway kot.
saya kalau pasal jalan ni mmg ada unsur2 tak boleh harap sikit...
Bapak mmg drift memanjang lah kekekeke...
Aida tido jer sbb dia dah mengantuk dan dah biasa..
me menikmati jer drift2 tu hehehe.

Kawasan Rekreasi dan Pusat Renjer telah ditubuhkan untuk Gng. Senyum.
malam tu tido kat tempat orang beri ucapan kat tempat rekreasi tu..simen tiles tu mmg sejuk.
saya dgn bermurah hati telah memberi sleeping bag kepada Petai sbb tak sampai hati tengok dia tido bersejuk.
ingat kan cukup panas lah dgn jaket bulu angsa Bapak..
tapi pastu ada sikit2 unsur buruk siku gak lah sbb tak tahan sejuk simen tu kan hahahaha..padan muka.
Thanks Bapak sbb kasi clarimat.

so the gents tested their cameras..
Bapak,Panther dan Nazry tak habis2 amik gamba serangga yg berkumpul kat lampu tu.

(beauftiful misty morning)

esok pagi nya selepas memasang fly dan makan sandwhich kami bergerak untuk meninjau gua2 di situ.
mengikut Paitot ada paling kurang 20 buah gua batu kapur di kawasan sekitar itu.
mmg seharian meninjau gua2 lah i tell u...
paling saya takut Gua Tok Long yg ada makam tu..tak berani lah i!

kita boleh melihat batu karang pernah hidup di dinding2 gua2 ini.
ini kerana gua2 ini sebenarnya adalah Dasar Laut pada jutaan tahun dahulu.
when the Tectonic Plates seperated and built the world we live in today,
some parts of the bottom of the sea moved, collided, and were pushed up,
menjadi tanah2 tinggi,gunung ganang dan banjaran2 yg kita lihat sekarang.
itu lah ciptaan Tuhan..we can never emulate that.

(sempat posing lagi semua)

ada satu part tu tinggi sangat Mira Ilola mmg tak mahu naik pada asalnya.
tapi Bapak boleh psaiko dia sehingga lah Mira sampai ke atas ... cayalah!
apa yg cayalah? Cayalah Bapak ke cayalah Mira?
cayalah Bapak power psaiko dan cayalah Mira kerana berjaya memanjat batu yg curam itu! yeay!

(Mira sedang memanjat sambil dipsaiko oleh Bapak dari belakang)

The next day we went rock climbing Gunung Senyum.
agak suspen pada mulanya kerana kereta Mongkut tidak dapat start...sejuk sgt sebab itu lah.
tapi nasib baik dapat start akhirnya..last call itu berjaya! yeay!
kalau tak kena la rentas ladang sawit jalan kaki lebih kurang satu jam...errkk.

the climb was awesome.
it was fun...but dangerous of course!
"byk batu2 bergerak" pesan Paitot.

semua ala2 spiderman lahhh kan..like me merangkak-rangkak memanjat batu2 nak ke atas..

(lihatlah gambar Aida ni..menggambarkan begitu payahnya nak mendaki haa)

ada tempat yg Mongkut gelarkan "air mata darah" because the cliff there scared the hell out of him.
ohhh in fact it scared the hell out of us all !!! hehe.

(curam air mata darah itu)

hari agak panas lah sebab mula naik pon pukul 11 lebih...
semua orang kehabisan air kecuali air yg belum masak yg dibawa oleh Nazry...
tu yg Bapak buat masak bihun dan air kopi tu...sedapnyaaaa.

walaupun pendakian mengambil masa lebih dari 2 jam setengah seperti yg dibajet oleh Paitot,
(agak2 dalam 4 jam kot)
but the view was wonderful..we were lucky the weather was good..
puas lah tengok pemandangan kat atas tu...
Bapak kata "kita naik untuk ini jer? 485 meter?" kekekekek..

masa berjalan turun Bapak,Panther,Aida dan Petai turun last...sempatlah diaorg kena hujan! hehehehe...seronok Mira sebab dapat menggelongsor ke bawah terus...we were lucky that they managed to passed the air mata darah cliff just before it rains...Terima kasih Petai kerana tolong bungkuskan handfon!

all in all it was great...
alhamdullilah semua ok and we went back happy walaupun Petai dan Bapak dah lambat masuk kerja hehehehe...
Thank you everyone!


from http://tercomel.blogspot.com to http://nsyazwana.multiply.com

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.