Monday, April 23, 2007

orang yg terlebih emo..

hari ni a friend of mine,kita panggil dia Azliaje..forwarded an email. email nyer pasal seorg budak berumur 15 thn ditendang dan dibelasah oleh sekumpulan orang ramai kerana ditangkap mencuri handfon di sebuah kedai...budak tu di ik at dgn tangan di belakang, takleh lari mana lah..kesian jugak lah tengok budak tu..diam je terima je orang belasah dia..ye lah..takkan nak melawan kot..dah lah curi barang orang, pastu bila orang pukul,takkan dia nak pukul orang tu balik kan? cari pasal lagi lah nama nya tu.

the forwarded email contained comments from the sender, it goes like this:

Subject: Dasyhat:: Apabila nafsu mengambil-alih kewarasan Menurut sahabat yang mengirim, kejadian ini berlaku di Jalan Raja Laut, KL baru-baru ini. Seorang pemuda yang telah mencuri telefon bimbit di sebuah kedai handphone berdekatan telah berjaya diberkas oleh orang-ramai. Beliau diikat dan dibelasah sehingga menyembur darah dari mulutnya. Lihatlah tindakan zalim yang dikenakan ke atas si pencuri. Memang siapa pun tidak bersimpati dengan pencuri, tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan. Kesalahan pemuda ini adalah mencuri telefon bimbit, apakah begini sepatutnya hukuman ke atas beliau.
Lebih dahsyat lagi apabila pemuda tadi menyerahkan kad pengenalannya. Cuba lihat betul-betul. Rupa-rupanya beliau baru berusia 15 tahun!

(click utk besarkan gamba)
Diusia ini jika pun beliau telah mencuri si budak kecil ini tidak akan didakwa di mahkamah terbuka tetapi mahkamah juvana yang mendengar kes yang melibatkan kanak-kanak. Mengapa beliau diperlakukan begini sekali, apakah mereka yang membelasah beliau yang rata-rata terdiri dari orang Melayu/Islam itu tidak usul-periksa terlebih dahulu sehingga tidak mengenal antara kanak-kanak dan orang dewasa.

Memang budak ini mungkin telah mencuri, tetapi stigma yang akan dipikulnya lantaran dibelasah sedemikian rupa di usia muda ini pasti akan diheretnya sehingga ke tua nanti. Apakah kesudahnnya nanti, apa akan jadi kepada hidup beliau nanti?

Sepatutnya budak ini diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan dan sepatutnya begitulah juga mereka yang bernfasu yang telah mengambi kesempatan ke atas beliau yang sebenarnya lebih hina dari budak yang mencuri itu.


i replied to the email with the following comment.
ummmmmm...walaupun nampak kejam tapi kiter pikir mmg patut kena belasah budak tu.
kalau ikutkan, kena potong tangan betul tak? lagi teruk tu.
siapa suruh dia curi handfon? kecik2 pergi sekolah la bukan pergi mencuri.
lagipun budak ni dah akil baligh dah..dia dah boleh berfikir mana salah atau betul.
kalau ibu bapa dia tahu, mereka patut belasah dia lagi..(maksud saya paling kejam pon rotan lah)

harap2 dia tak mencuri lepas ni..
sebab org yg suka mencuri ni, kita takut akan jadi tabiat hidup dia nanti..
jadi baik lah dia dibelasah sekarang dgn harapan dia akan dapat pengajaran selepas ni.

just my opinion.

lepas tu ada seorang pembaca ni tak berpuas hati dgn komen saya tu..
dia pon balas la dgn emosi yg sangat tak puas hati..semua dalam huruf besar lah kan.

he said : KESIMPULANNYA TAK BAIK KITA ANIAYA ORG…BUAT BENDA YG BETUL…!

pastu saya balas : umm...ape benda yg betul nyer bang?
cuba bagi cadangan sikit...saya nak tau jugak.
boleh bertukar-tukar pendapat.
merotan ok ke?

bagaimana kita nak pastikan budak ni tak mencuri lagi?
sbb kwn saya dulu, dia tangkap budak umur 12tahun tgh pecah masuk rumah dia.
bila kita tangkap dia nangis la,muka takut giler lah kan sbb dah kantoi..
kita bagi budak tu kat mak bapak dia,warning jgn buat lagi.
dia beriya-iya janji lah.
tapi 2 minggu lepas tu, dia buat lagi.
panjat masuk rumah kawan saya lagi...
kawan saya tangkap jugak..mmg tak pukul apa pon.
lepas tu budak tu tak datang lagi, saya pikir sbb setiap kali dia cuba mesti kantoi.
i am sure dia mesti pecah masuk rumah org lain pulak, rumah yg tak akan kantoi maksud saya.

so how do we teach these children not to steal?

dia balas : KITA LATIH DIA MAIN BOLA…SEBAB …SUKAN BOLA LA BANYAK MENCURI DAN MENIPU…!
SEPERTI CURI AYAM…PURA PURA KENA BENGKES….TEGOLEK SEKALI DIA GI GULING LAGI 20 KALI SEBAB NAK
DAPAT FREE KICK…!
Takder la…! Cuma sifat manusia memang bermacam…tapi jangan la kita sampai pukul dan cederakan org lain…! Cuba org tu Keluarga..adik ker….anak sedara ker…! Apa perasaan awk…! Sungguhpun dia salah..kita dapat tangkap dan dengan saksi yg ada ..dia boleh dihukum dengan undang2

pastu saya jawab : hehe..rilex lah bang...apa kena mengena tipu bola dgn curi barang plak bang.
abang ni lari topik lah.
tapi...nak ajar main bola cemana bang?
padang bola pun tak cukup kat malaysia ni.
lagi2 buat bangunan..padang kat pandamaran klang tu pon diaorg sebok nak ambik buat bangunan lagi.

saya belasah jer adik saya kalau dia buat macam tu bang..ye lah..mak bapak kita tak ajar tau curi2 ni.
saya tau bapak saya pon akan takde mercy punya nanti.
kalau dipikirkan, elok lagi orang kita yg belasah dia..
kalau kena dgn orang lain lagi teruk,boleh kena bunuh agaknya.
mana abang nak, cedera kena belasah ke atau jumpa dalam longkang terus tak celik lagi?

pastu dia jawab : LA..TU BUKAN KES AINAYA..TU KES BUNUH…!! LAGI DASYAT…!
Tapi memang nak diikutkan ..kena ajar betul betul org camnie…! Nak dikatakan cara lembut tak jalan …pijak jer baru dia ingat…!
Sebenarnya benda nie tak kena kat kita ..kita tak tau…! So kalau awk rasa cara ganass camnie boleh buat org tobat…! Fine by me…!
Tapi kita mesti ingat…malaikat mencatit apa yg kita buat..dia repot kat Allah s.w.t….kita tunggu jer la dia bayar cash kat kita…!

saya jawab pulak : mmg betul la malaikat catit apa yg kita buat.
tapi kalau kita tak didik dan ajar betul2 dan biarkan budak tu buat dosa lagi, lagi tambah berdosa kita tau!

kes aniaya banyak lagi yg kita tak nampak dgn mata zahir kita.
kalau kes orang bawak mulut dan buat cerita sana sini sampai merosakkan hidup orang lain,
itu baru betul kes aniaya..

pakcik saya dulu belasah jer sepupu saya pasal benda2 camni,bukan pasal mencuri tapi pasal bergaduh dgn budak2 lain.
mak saya pon buat benda yg sama dgn adik saya.
bukan kata saya tak penah kena saya tak tau.
saya pikir awak yg tak pernah kena benda2 camni senarnya

pastu dia jawab pulak : Awk takyah la nak berbalah ngan saya..kita nie kan manusia biasa…! Saper kata saya tak pernah kena belasah…yg suaka belasah saya perempuan…!
Klu time dia dapat sya abis saya kena belasah…! Bintat bintat dibuatnya…!

Dah la…saya Cuma nak cakap jangan selesaikan dengan kekerasan..ini Malaysia bukan ..iraq…! so kita buat jer ikut undang undang..klu dah tak tahan sabar baru tembak jer…!

bila baca jawapan dia yg ntah apa2 ni, (tadi beriya-iya menentang kekerasan, pastu dia nak tembak orang pulak tetiba, ape kejadah nya kan?)...saya jawab la cam gini :

hahahahah..kelakar lah awak ni!!
siapa perempuan yg belasah awak tu?
isk isk isk...meh sini saya slow-talk dgn dia.
mak saya tak pernah ajar saya belasah orang tau..suka hati pulak dia belasah anak orang ye!

patutlah awak sensitif sgt pasal belasah2 ni...awak menjadi mangsa kekejaman rupa2nya...hehe..
perlukah saya report kepada Tele-Dera? hehe..

ok lah, take care and have a good day!
nice talking to u anyway.
salam..

pastu dia terus jawab : Bye..bye….!

kah kah kah!!! i terus tergelak! ape lah mamat ni..ntah2 budak sekolah kot..atau pun baru start keje...senang citer budak ni mmg tak pandai lah..dia sendiri tak tau apa yg dia argue kan..pastu nak marah2 kita pulak kan? isk isk isk..kesian..dah lah kena buli dgn perempuan sampai bintat2 badan dia..mcm kena gigit nyamuk pulak? kena attack dgn nyamuk betina kot.




5 comments:

Anonymous said...

haha, adakah rumah kawan ko yang kena masuk pencuri umur 12 thn itu, umah aku?:P,

ape pon, aku kurang agree ngan pukul budak tu sampai tersembur darah, pukul sket2 dah ler, pastu hantar ke balai, let the laws handle the boy, walaupon underage, kalo evidence cukup, saksi ade, dia leh kena tangkap jugak, well that's just my humble opinion :)

~LiLithFaiR~

Aku Comel said...
This comment has been removed by the author.
Aku Comel said...

ehehehe..rumah engko ler cik piah hehe.

ok lah ok lah..mmg lah kejam orang awam kat situ belasah budak tu, maklum lah budak, senang2 je lah diaorg pukul betul tak?
kalau org dewasa ke mungkin diaorg akan pikir 2-3 kali sebelum membelasah.

mungkin orang awam tu patut ikat budak tu kat pokok mangga, biar kerengge gigit ke, ok tak?
macam orang dulu2 buat kat anak2 diaorg lah kalau budak tu nakal.

masalah nya pokok mangga pon susah nak cari kat bandar ni..
kalau serah kan kat polis pon apa polis boleh buat?
polis pon dah tak dibenarkan membelasah pesalah di dalam sel sekarang takut kena saman...
kalau dilepaskan nanti budak tu buat lagi betul tak?
macam budak yg panjat rumah ko tu.

aku nak cadangkan polis tanam pokok mangga bebanyak kat balai polis..kalau ada budak nakal boleh ikatkan kat pokok.

Anonymous said...

belasah je. siapa suruh dia mencuri in the first place?

anyway, ko tak payah argue dengan orang macam tu. tengok cara dia respond pun, memang dah tahu akal pendek. buat sakit hati je cakap dengan orang macam tu, ingatkan nak argue ada isi, tapi kosong je.

Aku Comel said...

buncit...
tak argue pon dah...terus byebye jer hehe.

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.