Friday, April 27, 2007

Children of Chow Kit

Posting yg lepas byk kontroversi...(kalau nak tau ape ceritanya, silalah refer kepada posting yg sebelum ini iaitu "orang yg terlebih emo")
ramai yg tak setuju budak tu dibelasah dgn teruk oleh orang awam...ok lah saya pon tak setuju lah budak tu dibelasah begitu sekali setelah membaca artikel ini,
Children of Chow Kit
di magazine Marie Claire keluaran Oktober 2006.

(tapi Lilithfair, aku tetap kata budak yg panjat masuk rumah ko tu digari kat pokok mangga atau rotan,atau ketuk ketampi seribu kali ke mau tercabut tulang lutut dia hehe,yg budak tu ada ibu bapa tapi ibu bapa dia takleh buat apa dah..harap2 dia dah tak buat dah lepas rumah ko tu)

saya sgt2 berminat dgn kerja2 kebajikan macam yg dilakukan oleh Mama Gie ini.
one day i will do that..i want to do now, tapi ibu saya seperti biasalah, seorang ibu yg terlebih risau, nanti kalau anak perempuan dia sorang ni pi merayau kat Chow Kit nanti dia risau, susah gak kan?
jadi slowly-slowly kita berkhidmat utk negara ok?!

saya scan magazine tu, kalau nak baca klik la kat imej dan disebabkan imej tu besar,bersabar lah tunggu imej tu di-download ok.
apa2 pon, artikel itu mengisah kan dilemma anak2 apabila keluarga berpecah-belah dan berada dalam kepincangan...kesian mereka..ada juga ibu bapa yg kejam kan? mereka tak sedih ke tengok keadaan anak2 mereka yg tiada arah dan kasih sayang? dah lah tak sekolah,takde rumah, makan minum pon tak tentu lagi untuk hari tu.
curse these people for treating their children that way.

kita patut bersyukur dikurniakan ibu bapa yg kasih pada kita..takper lah kalau mak kita kuat membebel ke, marah2 ke..kita kena sabar..mesti ada sebab dia macam tu..sebab nya macam2,kena lah kita tanya ape sebabnya kan...somehow that's how they show that they care...ada ibu bapa yg dibesarkan cara dulu2, sekolah pon tak tinggi mana, diaorg bukan pandai psikologi, jadi pepandai lah kita nak handle hehe..hrummppphhh.

Ajie, MAKNA bila lagi kelas? nak abiskan satu programme tu je mengambil masa satu tahun,ko tengok tak jadualnya? ada yg cepat sikit tak?

(klik kat imej,nanti imej tu akan jadi besar dan anda boleh baca..kalau nak baca secara berterusan,klik imej dan save kan dulu)















1 comment:

Unknown said...

penah sekali pegi jln belakang kat chowkit. takut. intimidating. ada satu 'safe house' utk adults di chow kit jugak. satu rumah kedai, drug addicts, pelacur, bekas pelacur, pondan, tranverstite, aids, hiv melepak, tgk tv, membasuh, mandi, borak, makan... tanpa perlu rasa takut di tangkap polis. mula2 berani lah ni nak melawat safe house tu. tapi bila dah masuk rumah tu, kecut perut. you wanted to be brave but you cant help thinking what bad things these ppl have done and if they have the 'disease'. and when they look at you, rasa nak lari... belum lagi derang hulur tangan nak bersalam. mau tak gile. orang biasa macam aku mesti ada perasaan ni, tapi orang macam mama gie.. tabik respek! if only there are more ppl like her.. chow kit and places like chow kit all over malaysia would cease to exist.

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.