Thursday, August 5, 2010

Umrah Mac 2010

Entri yang terlepas..sebab dah lama tak update blog punya pasal hehe : Lawatan kedua untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah & Madinah

Tiap2 minggu mesti buka laman web Manzlie-Makkah.

kat blog ni kita boleh dapat update terbaru dan foto terbaru dari Makkah Al-Mukarammah.
sejuk hati tengok Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah yang Suci.

bulan Mac lepas dapat menjejak kan kaki untuk kali kedua ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarammah dan Madinah Al-Munawwarah.
seronoknya hati...rindu sangat dengan tempat suci ini...rasa ketenangan di sini tak dapat di mana-mana tempat lain.

**Reeza in front of Masjidil Haram

cuma yang tak bestnya arus kemodenan terlalu melanda Tanah Mekah...hotel yang tinggi depan Masjidil Haram memang cantik, tapi blocking Masjidil Haram dari jauh.. kalau dulu, dari jauh dah nampak Masjidil Haram..rasa sayu dan sebak je..sekarang nak nampak menara masjid pon susah.

**sekitar kawasan Masjidil Haram was heavily under construction back then...sekarang dah cantik dah..

Kedai-kedai sekarang dalam shopping kompleks sahaja..so boring!!!!
reminds me of KLCC because the interior almost looks like KLCC! dan jalan selalu jem sebab mereka bina jalan raya begitu dekat dengan kawasan dataran Masjidil Haram.
berbeza dengan cara dulu Mekah seperti kawasan perkampungan yang tenang daripada hiruk-pikuk.

sabar sahajalah...yang penting dapat berada di tanah suci ini dan beribadat sehabis baik..

masa tawaf memang menangis...cantik nya Kaabah..Subhanallah..
you have to be here to experience it. no words can describe that feeling in your heart..seriously.

kalau ada jumpa gambar Masjidil Haram atau Kaabah, baik print dan lekat di cubicle ofis, atau di dinding rumah..kerana memandang nya sahaja dapat rahmat tau. pasal rahmat ni boleh refer ke posting yang dahulu (tahun lepas punya hehe)

ape ape pon...cita-cita untuk 5 ke 10 tahun akan datang ialah untuk menjadi mutawwif wanita..negara kita memang sangat kekurangan tenaga pekerja rasanya..sebab ustaz mutawwif yang bawa jemaah kami pun mutawwif dari Indonesia..

dan apabila kita tengok jemaah dari Indonesia mereka siap dengan mutawwif perempuan lagi..tapi jemaah kita ustaz-ustaz je yang bawak..jadi jemaah wanita boleh rujuk ustaz je, tak dapat nak rujuk ustazah..susah juga kan kalau nak rujuk tentang hal-hal kewanitaan yang kita agak segan nak tanya nih..

dan kalau masuk ke Masjid contohnya, ustaz boleh beri tunjuk ajar pada jemaah lelaki, jemaah wanita tak dapat nak turut serta sebab jemaah lelaki dan wanita kan pasti terasing...jadi lebih elok ada mutawwif wanita mengiringi jemaah wanita.


Usaha..usaha..usaha! Disertai dengan doa dan tawaakkal. Moga impian jadi kenyataan..Amin!

Payung-payung di sekitar Masjid Nabawi Mac 2010.
**Moga kita tergolong di kalangan mereka yang dapat berlindung di bawah Payung Rasulullah s.a.w. di Padang Masyar kelak..amin.

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.