Thursday, August 5, 2010

cerita tentang Taipei lagi


Cerita intro untuk trip Taipei tu pun dah panjang, buat pecahan cerita kedua pula.

Taiwan juga dinamakan Republic of China..(panjang sejarahnya). Dulu digelar "Formosa" yang bermaksud "Beautiful Island" oleh orang Portugis. Dan sememangnya negara ini cantik & mereka cuba sedaya-upaya mengekalkan nya begitu. Tiap-tiap hari ada pasar bunga di Taipei, banyak bunga masa hujung minggu & paling banyak semasa musim bunga semestinya!

Rakyat Taiwan suka pokok..walaupun rumah flat/kondo/apartment..setiap rumah pasti ada pokok bunga sampai ke bumbung-bumbung rumah pun mereka tanam pokok ibarat taman sayur & taman bunga cuma lokasinya di bumbung.

Infrastruktur negara memang dirancang dengan baik. Mereka sangat mementingkan alam sekitar. Tak suka potong gunung atau bukit. Siap tebuk gunung untuk buat jalan raya di mana projek itu mengambil masa sehingga 15 tahun semata-mata kerana mereka tak sanggup tarah gunung. hmmm..

Apepun, mereka sangat menghargai barang-barang sejarah..
dan setiap bangunan dan harta sejarah mereka simpan dengan baik. Banyak khazanah empayah maharaja Tanah Besar China dulu kinin berada di Taiwan kerana dilayarkan ke situ oleh Chang Khai-Shek masa Perang Dunia Kedua.
Sepatut nya kita contohi sifat ini iaitu menyanyangi warisan kita..kerana dengan adanya warisan barulah kita boleh mengenal sejarah lah baru lah kita ada jati diri...baru lah orang kata 1Malaysia.

Bukan sahaja harta sejarah, malah pokok-pokok yang ada pun mereka jaga dengan baik..pokok-pokok di sepanjang pejalan kaki di tepi jalan raya kelihatan sudah tua dan sudah berdekad-dekad tahun (mungkin lebih 100 tahun sebab nampak macam bonsai dah)..siap ada papan tanda yang menceritakan info tentang pokok itu; iaitu namanya, jenisnya, apa kegunaan nya dan lain lain. A far cry from our trees along the roadside.. (I feel like crying)

Setiap kawasan mesti ada taman...dari sebesar-besar taman seperi Daan Park ke sekecil-kecil taman, janji ada taman. Longkang pun ada seni, dibuat macam sungai pula dengan dasarnya dihiasi batu-batu kecil padahal Longkang!

Jalan-jalan basikal (cycling trail) sedang ditambah kerana negara mahu rakyat kurangkan penggunaan kenderaan (samada kamu jalan kaki atau naik basikal atau naik bas atau naik MRT). Pengangkutan awam yang cekap membuatkan pemilikan kereta dirasakan Sangat Tidak Perlu. Ini sangat mengurangkan pencemaran.


Memandangkan trip ni 4 hari je jadi kami pergilah melawat mana-mana tempat yang sempat.

Tip untuk semua... restoran-restoran di Taipei buka pada pukul 11.30 pagi ok!
Waktu Buka: 11.30 am-2.30pm-->lepas tu tutup. Kemudian waktu buka semula : 5.30pm-9.30pm--
Ada yang buka kedai pastu tak tutup sampai malam, kena cari la kedai-kedai yang tak tutup ni, sebab banyak kedai Muslim akan tutup lepas zuhur dan buka semula lepas asar. Pepandai la korang cari makan huhuhu.
Elok telefon restoran awal-awal sebelum kedatangan..kami buat begitu sebab pernah pertama kali sampai di Kunming tapi restoran tutup.. kalau anda call, mereka akan tunggu anda kerana mereka faham anda susah nak cari makan hehehehe.

Anda boleh dapat kan info Restoran Muslim di Website Grand Mosque Taipei

Enjoy Kitchen 複合式餐廳

台北市羅斯福路3842.No.2, Ln. 84, Sec. 3, Roosevelt Rd., Da’an Dist., Taipei City 106, Taiwan (R.O.C.)TEL : 02 2367 - 1257www.enjoykitchen.tw

清真昆明園餐廳 KUNMING ISLAMIC FOOD台北市復興北路8126
26, Lane 81, Fuxing N. Rd.,Taipei CityTEL:(022751-6776
艾家清真黃牛肉麵館 AI-JIA BEEF NOODLE台北市忠孝東路422341
41, Lane 223, Sec. 4, Zhongxiao E. Rd. Taipei CityTEL:(022731-8550

kami ni keluarlah lepas subuh konon-konon nak cari makanan sebab tak dinner malam tadi, berjalan pusing punya pusing dekat 2 jam tak jumpa-jumpa restoran. Sebab nya kami belum pandai berjalan menggunakan MRT, jadi tak tau stesen mana kena turun. Turun kat stesen yang hujung jalan di utara, restorannya di hujung jalan di selatan..Pancit beb!
Muka lapar!

akhirnya naik teksi juga baru sampai hahaha.. teksi mahal..masuk je dah kena NT70 bersamaan RM7...10 ke 15 minit dalam teksi dah kena NT250 bersamaan RM25....teksi memang bukan pilihan pertama kami.

Minggu kami datang ke Taipei adalah minggu hujan..it rained day and night..setiap hari...sebab itulah semua gambar di lokasi-lokasi yang dilawati kami berpayung hehe.

Selain restoran-restoran Muslim, antara tempat-tempat yang sempat dilawati seperti Masjid Besar Taipei i.e: Taipei Grand Mosque (memang kami cari), Bei Tou Hotspring (tak dapat masuk dalam kerana tak tahu hotspring ni tutup hari Isnin aduhai!), CKS Memorial Hall, Danshui Fishermen's Wharf dan ketika melawati SYS Memorial Hall, nampak Taipei 101 dari situ ... Taipei 101 kelihatan "mystical" dari jauh...oh! Apa lagi mestilah naik Taipei 101 untuk menaiki lif yang terlaju di dunia! 89 floors in 37 seconds.

Cuaca hujan hari tu..kalau tak hujan mesti boleh naik ke tingkat 91 dan lepak di kawasan luar di balkoni Taipei 101 ! Susah juga nak cari sudut untuk ambil gambar keseluruhan bangunan ni dari luar..puas la senget-senget kan kamera. Apa-apa pon sangat puas hati dengan bayaran NT400 bersamaan RM40 kalau saya tak silap lah (ala-ala terlupa hehe sebab rasa macam mahal gitu)

Kat sini baru rasa teh bubble..jauh betul nak rasa teh ni haha.
Kita order Pumpaa Naicha! kedai ni jual teh sahaja beraneka jenis perasa dan campuran teh.

Untuk mereka yang non-Muslim, Taiwan mungkin merupakan Food Heaven...sini macam-macam ada..rasa juling mata tengok berbagai jenis makanan disediakan cuma kami sendiri takde selera nak makan lah hehe..kami makan di restoran Muslim sahaja hehe..tapi satu perkara yang pasti..Semua Makanan di sini Gerenti Sedap! Guaranteed!

Disebabkan terlalu syok berjalan..sampai terlepas flight..rasa nak menangis gak lah kan hahaha..terpaksa beli tiket flight baru dan kembali ke asrama EzStay..nasib baik diterima untuk duduk di situ sebab kebetulan orang yang book bilik tu tak jadi datang...hmmm..nasib baik kak Sam ada bawak duit RM kalau tidakkkk? ho ho ho.

Sempat buat rakan baru yang duduk di hostal backpacker tu, dan buat rakan baru dengan Malaysians yang bekerja di Taipei..nasib baik kenal kak Liza dia restoran Kunming...keesokan hari di mana kami sepatutnya balik, kak Liza bawa jalan-jalan ke Taman Ros CKS..kalau musim bunga cantik katanya sebab rossssssssssss je yang berbagai jenis dari seluruh dunia menghiasi taman.

Memang nak datang lagi..musim bunga mesti cantik..nak tengok cherry blossom kak Liza kata cantikk..and want to go to Toroko gorge and travel to Kaohsiung too someday using Taiwan's high speed train then travel back into time with Alishan Forest Railway ( in the world probably only 3 of this kind of railway still operating,others are either dismantled or in museum).


The Taipei Grand Masjid in Da'an District

I want to go there again! tapi kena kumpul duit dan lunaskan hutang dulu yek..dan banyak lagi destinasi nak pergi ni...seperti negara Turki, China (target to visit Beijing -Great Wall, Underground City, Forbidden City then Xi'an then maybe Yangtze river then Reed Flute Cave in Guilin then Wuzhen water village, Yunnan or if it is too far probably Longji rice terraces in Longsheng or Jiuzhaigou Valley), Korea, Jepun, Maghribi, Mesir, Syria...to name a few..erkkk!

Tak sempat tengok Panda sebenar +_+

Danshuei..makan sotong fresh.

Sun Moon Lake...bila la nak sampai sini..cantik betol.


Nak naik keretapi di Alishan..one of the 3 forest railway still operating in the world.

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.