Saturday, May 10, 2008

dirahmati 20kali ganda

blog ini saya tulis,adalah insipirasi dan reply drpd blog di bawah..

http://wannabemyalterego.multiply.com/journal/item/3/Kekuatan_Sedekah

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Blog ini juga saya tulis sempena Hari Ibu..

*****
Hal ini diceritakan oleh Mutawwif kami ketika dalam perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarammah untuk menunaikan umrah.

Kata beliau, dalam setiap perkara yang kita lakukan mesti dimulakan dengan niat.
samada hendak mengambil wuduk, bersolat, bersedekah, berpuasa,hatta ketika hendak makan dan minum dan mandi sekalipun, atau apa-apa sahaja amalan kita sehari-hari, kita wajib berniat dahulu.
jika tiada niat,boleh dikata tidak dikira amalan itu.

tetapi ada 3 perkara di dunia ini yang boleh dilakukan tanpa niat, dan insan itu tetap dilimpahi rahmat dan pahala berlipat ganda.

3 perkara itu adalah :

1) memandang Baitullah ..
anda akan diberi 20 kali ganda rahmat daripada Allah s.w.t.


2) memandang Al-Quran..
baru pandang sahaja, sudah diberi rahmat berlipat ganda, bayang kan jika anda membaca nya...Rasulullah s.a.w juga telah bersabda bahawa setiap huruf di dalam Al-Quran itu diberi pahala kepada anda..

Sila baca ruangan ini untuk lebih lanjut
http://www.eramuslim.com/ustadz/qrn/7918035145-hukum-membaca-al-qur039an-tanpa-tahu-artinya.htm

Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." (HR Bukhari dan Muslim)


3) memandang wajah ibu bapa kita..
Ibu Bapa kita adalah ibarat wali kepada kita...walau kita hidup seribu tahun pun tidak akan dapat membalas jasa dan budi mereka..sekadar memandang wajah ibu bapa kita sudahpun dilimpahi rahmat dan diredhai Allah s.w.t., apatah lagi jika kita tidak putus-putus berbakti kepada mereka..
doakan lah segala kebaikan untuk mereka setiap kali kita selesai solat.

Sesungguhnya tiada apa yang dapat menandingi kasih dan pengorbanan ibu..

Kasih Ibu membawa ke Syurga..
Kasih Ayah sepanjang hayat..


semoga kita sentiasa berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama..

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.