Wednesday, May 21, 2008

sedikit komplen...andalusia

Saya baru kembali dari umrah pada 29April 2008 yang lalu..
Sesungguhnya pengalaman menunaikan umrah banyak memberi keinsafan kepada saya dan membuat saya melihat dunia ini dengan perspektif yang berbeza.

Nothing can beat this out of this world experience!

Sekembali nya saya dari umrah, tidak lama itu saya turun ke laut untuk bekerja
(macam nelayan yek bunyinye)

Everyone was suprised with my new image.
I told them that I received a light from above hehehehe..

Tak sangka ada seorang lagi staff dari ofis pun mahu menunaikan umrah juga.
Bapak itu bertanya kepada saya, "you pergi dengan pakej mana?"
Saya jawab,"Saya pergi dengan An*****a"..hehe
"oh ya ka? how was the service?" he asked.
"Not that good" I told him.

Berikut adalah antara perkara-perkara yang membuat kan jemaah sangat terkilan:

1) Tidak dipanggil kursus
Saya langsung tidak dipanggil untuk menghadiri kursus umrah.
Bukan kah lebih elok pihak agensi menyiapkan senarai jemaah, dan memastikan bahawa mereka menghadiri kursus umrah yang diberikan supaya jemaah itu tahu apa yang perlu dilakukan,semoga mereka dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih baik..Insya Allah.

2) Setiba nya kami di KLIA, semua jemaah berterabur..
tidak tahu mana hendak berkumpul.
Wakil dari agensi pun entah yang mana satu.
Masing-masing pandai sendiri lah mencari kumpulan jemaah 17April2008,
dan berkumpul satu tempat untuk check-in.
nasib baik ramai juga dari jemaah kami yang bukan first-timer..
kalau first-timer macam saya teruk lah..
jikalau tiada ibu bapa saya, memang saya dah sesat la berlegar-legar ajer..
tapi tak perlu lah kasihan kan saya sebab saya dah biasa pergi KLIA hehehe..
tapi lebih kesian kepada pakcik2,makcik2,atuk nenek yang dah tua dan jarang ke KLIA,betul tak?

3) Setibanya kami di lapangan terbang Madinah kami disambut oleh Mutawwif.
Wakil dari An******a, tidak kelihatan.
Yang mengikuti kami,ada seorang wakil An******a, yang nampak sangat "blur" (and it turned out that he was indeed a very blur person!!! when we asked him questions he just did not know how to answer or respond!)

4) Walaupun bilik hotel sempit (bilik saya bersama ibu saya,maklong saya dan seorang lagi auntie) cukup untuk letak beg...laluan beg itu merupakan juga laluan jalan kami dalam bilik tu..
memang kecik sangat lah..
walaupun hotel jauh, tapi saya faham banyak kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan..
tapi menurut ibu saya, kami semua telah membayar lebih untuk dapatkan hotel yang dekat.
macam masa pergi dengan Tabung Haji dulu dekat ajer, tak sampai 5 minit dah sampai masjid..
I have no comment on this as that was my first time.
tapi kesian juga pada ibu saya maklong saya dan pakcik2 makcik2 dalam jemaah kami kena jalan jauh.

5) Makanan yang disediakan jenis "cut cost" punya.
Saya tak kisah pasal makan ni..
tapi yang tak tahan nye, bila makanan habis, langsung tak tambah..
no refill.. it was just weirdddd..
sampai la satu hari tu, seorang pakcik jemaah kami naik angin.
Susu habis, tak dapat lah buat air nescafe atau teh campur susu..(nasib baik gula ada lagi hehe)
Bila pakcik tu tanya "kenapa tak tambah susu ni? susu ni dah habis?jemaah lain nak minum ape?"
ade ke pekerja tu cakap "tak tahu..."
bengang la pakcik tu kan...
tak pasal-pasal jadi marah-marah pulak kat tanah suci tu..
padahal kita ke sana nak buat ibadah kan..tak mahu marah-marah.

6) Hotel di Makkah jauh rupanya dari masjid..
Ibu saya mula hilang sabar sebab di KL kami dijanjikan hotel yang jarak nya cuma 200meter dari masjid...siap bayar extra lagi.
kasihan pada jemaah yang sudah berumur...
jauh untuk mereka berjalan, dan kawasan yang dilalui juga gelap,sunyi.
bahaya kalau jemaah jalan di situ,siang pun saya tak berani jalan situ sorang,apatah lagi malam.
jemaah merasakan kesukaran kerana kalau nak buat Qiamulail mesti la tak berani nak melalui jalan tersebut ke masjid kan?
ramaiiii yang panas hati..
sampai ada juga yang meletup..
hilang ke pahala ibadah di sana kalau terlepas marah?

7) Tiada wakil An******a kelihatan..
Ibu saya telefon nombor wakil yang tertera di kad kami..
Guess where he was?
He was in Jeddah, menyambut jemaah lain di sana..
boleh tak?
No one took care of us there..
No one to listen and attend to our complaints (if any)
susah lah ini macam..
tulis dalam kad ada wakil, tengok-tengok tak ada..
the "blur" wakil that followed us from the airport was so blur, he did nothing and looked blank when we complaint to him, and at the end he was also missing in action..we heard he had to attend to another jemaah!
boleh?

8) Bilik hotel yang kecillllll sangat..
ini dari ahli jemaah lain..bilik kami diikutkan kecil juga..
tapi sebab ibu dan ayah saya sudah bising sama itu orang hotel dan mutawwif (tak pasal2 mutawwif kena marah)
tapi yang tak komplen..kesian ..
bilik mereka terlalu kecil sampai beg sendiri pun tak muat..
Beg kena letak kat luar!


Ini lah saiz bilik mereka..cuma ada laluan dari pintu masuk ke pintu bilik air..
beg kena letak kat mana ya? atas katil dan bawah katil..
ini juga saiz bilik saya di Madinah.


Unmaintained toilet...kat toilet bilik saya pulak tak boleh flush...banyak kali bising pada orang hotel dan mutawwif ..

selepas itu kakak-kakak itu komplen,terus call KL dan marah-marah orang KL.
tengok tu..orang nak buat ibadah, tapi jadi marah-marah..macam mana?

The agency urgently need to look into its management.
If they do not have enough staffs,please recruit.
If you cannot recruit, please reduce your package.

terlampau ramai jemaah anda, sehingga anda tidak dapat menguruskan nya dengan betul.
kasihan kepada jemaah yang sudah tua, ataupun telah mengumpul wang sebegitu lama untuk ke Tanah Suci..

I can elaborate more..but right now I don't have the time.
sampai di sini saja untuk hari ni.

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.