Tuesday, May 27, 2008

taubat yaa

Last post, I imparted my dissatisfaction on our agency's imperfect management.

Bak kata Mutawwif kami, itu semua dugaan Allah s.w.t.
Kita mesti terima dan redha dengan ketentuan Nya.

Setelah menulis post yang sebelum ini, dan menerima komen dari rakan-rakan pembaca,baru saya faham apa yang cuba disampaikan oleh mutawwif kami itu.

Ingin saya beritahu di sini bahawa kami telah diberi mutawwif yang bagus sekali..tunjuk ajar nya sangat lengkap.
Ibu saya yang sudah kali ke-4 ke Tanah Suci pun berkata tidak pernah ada ustaz yang mengajar jemaah sebegini.

Salah satu yang di ajar ketika di sana ialah ketika umrah dari Madinah ke Makkah ialah bagaimana mahu melakukan solat sunat taubat.
Ketika sampai di Bir-Ali untuk Miqat, sebelum turun bas, ustaz berpesan:

"Ketika turun nanti, setelah masuk masjid lakukan solat-solat sunat ini:
  1. Solat Sunat Tahyattul Masjid
  2. Solat Sunat Taubat
  3. Solat Sunat Ihram
Seorang ustazah pernah mengajar saya, sebelum mahu buat solat hajat contohnya, mesti lakukan solat taubat terlebih dahulu.

Kira nye sebelum meminta apa-ape dari Allah s.w.t., dan ketika mahu melakukan ibadah seperti umrah dan haji, perlulah membersih kan diri dan memohon diampun kan segala dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan kita yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, sesama sampai di Madinah saya demam teruk (orang kata banyak dosa hehehehehe)..
sampai nak buat umrah pun masih teruk lagi demam.
terlintas di hati saya, mampu kah saya lakukan ibadah nanti dengan keadaan tidak bermaya begini...
semestinya saya perlu memohon ampun bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. di atas dosa-dosa saya yang lalu..

Setelah bersolat taubat begini, sampai di Makkah sahaja terus demam saya kebah, dan saya bertenaga..Alhamdullilah..
jadi saya kongsi kan di sini.

Cara solat taubat ada lebih daripada satu..
tetapi inilah cara berdoa meminta ampun yang diajar oleh Mutawwif kami.

Rakaat Pertama : baca Surah Ali-Imran Ayat 135-136

[135] Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

[136]
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.



Rakaat Kedua : baca Surah An-Nisaa' Ayat 110

[110] Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Tetapi sekiranya tidak hafal ayat-ayat berikut, boleh dibaca ayat-ayat langganan,iaitu Surah Al-Kafirun (11 kali) dan Surah Al-Ikhlas (11 kali).
atau baca Ayat Qursi (11 kali) dan Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Ketika di sujud yang terakhir setelah membaca :
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya ( 3 kali )

Kita baca Doa Nabi Yunus :

La Illaha Illa Anta Subhanaka, inni kuntu minazzalimin. (40 Kali)

Al Anbiyaa 87 : .. "Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."

Kemudian kita minta ampun kepada Allah s.w.t.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni lah segala dosa ku, dari dosa kecil hingga ke dosa besar,

ampunilah segala dosa dan kesalahan yang telah ku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja,

ampunilah segala dosa dan kesalahan yang telah ku lakukan secara sedar atau tidak sedar,

ampunilah segala dosa dan kesalahan yang telah ku lakukan di mana hanya Engkau sahaja yang mengetahui dan aku tidak ketahui.

ampunilah dosa ku setiap kali aku melupakan Mu,

ampunilah dosa ku setiap kali aku lalai dalam ibadat ku,

ampunilah dosa ku setiap kali aku alpa dalam tanggungjawab ku,

ampunilah segala dosa-dosa ku.

Ya Allah, aku memohon ampun untuk 7 tempat.

ampuni lah kedua-dua mata ku..

ampuni lah hidung ku,

ampuni lah kedua-dua telinga ku,

ampuni lah mulut ku,

ampuni lah kedua-dua tangan ku,

ampuni lah kedua-dua kaki ku,

ampuni lah kemaluan ku..

ampuni segala tubuh badan ku dan jiwa raga ku..
sesungguh nya aku memohon taubat kepada Mu..
kepada Engkau sahajalah aku bertaubat,
sesungguhnya Engkau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..

terimalah taubat ku ini Ya Allah..."

Jika ketika memohon ampun pada 7 tempat itu mahu lebih panjang, boleh juga, ikut keikhlasan dan kesungguhan masing-masing.

Boleh ditambah sebagai contoh: "Aku memohon ampun ke atas mulutku kerana sering sekali berkata yang sia-sia, membuat fitnah dan umpat keji.. ampuni mulut ku kerana jarang sekali membaca kalimat-kalimat suci Mu,ampuni mulut ku kerana kurang sekali bersyukur kepada Mu.." dan macam-macam lagi.

Begitu juga jika mahu panjang kan lagi doa taubat anda..silakan!!!
itu adalah lebih baik..
apa-apa sahaja yang tersirat di hati, curah kan kepada Allah s.w.t. yang Maha Kuasa...
Sesungguhnya Allah s.w.t. amat suka jika kita berdoa dan memohon kepada-Nya.

Ketika berdoa hendak lah seikhlas hati, tawadduk (rendah diri serendah-rendah nya kepada Allah s.w.t.) dan bersungguh-sungguh...

p/s: Post ini khas untuk mu Nana!! Dan kepada Pak Hassan dan Anisah yang bakal melakukan ibadah umrah bulan depan..selamat beribadah dan semoga mendapat umrah yang mabrur...

semoga posting ini memberi manfaat kepada semua..


No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.