Monday, January 5, 2009

Silence is Golden

Salam Tahun Baru..(maklumlah semangat tahun baru)

Ape resolusi anda untuk tahun ini..?
Banyak, sampai takut tak tercapai..
Tapi resolusi kita semestinya untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

Saya selama ini dikenali rakan-rakan sebagai seorang yang pendiam.
mmm...ini dari sekolah dulu lah.
Sampai ada member yang selalu berkata,
"Bila cakap dengan engkau ni kan,macam cakap dengan tunggul .. !!!"


hehehehehe..tu dia! betapa aku malas memberi respon...sekadar mendengar, mengangguk, ataupun aku tidur kat atas meja hehe.. tapi pokok pangkal nya diam sahaja.

Silence is Golden...

Tapi bila aku mula bercakap, mesti cerita yang ntah apa-apa...
ada lah lawak bodoh ke bangang ke, paling hebat pun menyanyi!
(ya saya sangat suka menyanyi!)
Sebenarnya sangat tak suka bercerita apatah lagi bergossip tentang orang lain.
Kalau gossip pasal artis hollywood dan bollywood saya suka lah :P~
(tapi sejak banyak bercakap ni selalu saja bergossip tentang insan-insan lain...haih..aduh!)

Since last year I realized I talked too much.
Too much out of necessity.

Zip it!

Hmm..I should just talk only when i need too..
Seriously, saya ni tidak reti membahan orang.
Jadi adalah lebih baik saya berhenti membahan atau mengusik.
Takut mengecilkan hati orang lain.

Ada sekali saja cuba temberang sahabat rapat, memang sahabat tu takleh ditipu pun walaupun hajat saya nak test je, dan lepas tu tidak pula saya cakap saya nak test.
Tak pasal-pasal saya buat bidaah dan fitnah pula..
Jadi, pengajaran nya, kalau dah takde bakat, buat je cara takde bakat iaitu senyap-senyap duduk dan dengar dan ketawa kalau memang betul-betul kelakar tak hingat (^_^)


I learned, to always think good of others.
Saya belajar supaya tidak berburuk sangka kepada insan lain..
Sehingga terbukti keburukan insan itu dan betapa insan itu cuba membuat fitnah terhadap kita.
Dan jika sudah terbukti pun,
Saya belajar supaya perlu buang perasaan benci kepada mereka,
dan belajar untuk simpati terhadap mereka.
Saya belajar bahawa perlu memaafkan mereka dan keluarga mereka (dialog popular masa dulu-dulu dari filem Ringgit Kassorga)
Kerana mereka tidak tahu betapa kasihan nya menjadi diri mereka itu.

Talk to the hand?

I learned, that communication is key to any relationship;
whether it is among our own beloved family members,
our much-loved sweethearts,
our dearest friends,
our nice colleagues,
anybody.

I realized we often take God for granted.
We are taught to communicate with God through prayers.
Betapa aku bercita-cita untuk solat tahajjud setiap malam dengan hajat agar sentiasa dapat berada dekat kepada Allah subhanahuwata'ala.
(tapi pabila loceng jam penggera berbunyi mesti tidor juga!!) aduh...

Lagi berazam nak tadarus hari-hari,
perghhh...bila masa nak mula je kemalasan melanda..
time tu la rasa ngantok tak hingat kan..
masalah betul pabila syaitan jauh lebih rajin daripada manusia.

Alangkah bahagia nya jika begini setiap hari...

I also learned, you realized that one day you will end up very much alone,
all you have is yourself to rely on...
and in the end, it is in God that you can trust, it is only Him that you can depend on,
and give your hope to.


Aku sedar, amalan ku, ibadat ku, sabar ku, zuhud ku, tawakkal ku..
belum sampai ke tahap yang aku cita-cita kan.
Sekelumit pun belum tercapai niat yang tertanam di hati.

Kepada mereka yang aku telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepadamu,
mengecilkan hatimu,
membuat kau marah atau bengang dengan ku,
samada aku cemburu dengan mu atau kau iri hati dengan ku,
samada aku bersalah sangka pada mu atau kau bersangka buruk pada ku,
samada aku salah faham dengan mu atau kau silap faham dengan ku..
Aku memohon ampun dan maaf sepenuh hati.
Aku sedar aku hanyalah seorang hamba yang hina dan tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan..
Aku ingin memulakan tahun baru ini dengan kemaafan.

Moga tahun ini dapat menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini.
Doa-doa kan..terima kasih.

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.