Monday, January 5, 2009

harapkan pagar di tahun baru..

It is a new year...
Selamat Awal Muharram 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.
Rasa nya isi blog tiada persamaan dengan tajuk tapi sipi-sipi lahh..:P~

Disember lepas pi aktiviti santai wong ke Royal Belum Park di Perak.
Love it! Love the trip, Love the participants!
Lagi-lagi ketawa dan aku yang nyanyi tak habis-habis..(perasan suara sedap ok!)
diaorang cukup tak tahan kalau lagi-lagi asyik nyanyi lagu Ayam Den Lapeh hehehehe..
"channel kroni" kata cik Su.

Posing yo-yo-oh..!

Saya yang jakun tengok SOLAR PANEL di Kampung Orang Asli Kampung Sungai Tiang.
Kenapa kita tak buat SOLAR PANEL besar-besaran di bandar-bandar juga..
Jimat kos penjanaan eletrik...and we can have electric for FREE!!!

(Sekadar Iklan) --->
"Solar panel of Solar photovoltaic modules use solar cells to convert light from the sun into electricity.
A solar cell or photovoltaic cell is a large area electronic[1] device that converts solar energy into electricity by the photovoltaic effect. Photovoltaics is the field of technology and research related to the application of solar cells for solar energy. "

Do you see the solar panel?

Setakat ini yang saya lihat tenaga solar ini digunakan secara meluas untuk kalkulator sahaja..huhu.
Anyway, Betapa indah dan istimewa nya hutan simpan ini sehingga di beritakan di News Straits Times minggu lalu http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Focus/2441166/Article/index_html

Belum dan Anak-Anak Orang Asli bermandi-manda...

Tapi yang tak indah dan tak best nye kemudahan kat situ tak dijaga..
ini lah Malaysia, pandai bina tapi selalu tak mahu jaga..
They just keep on building but NO MAINTENANCE.
where did all the budgets given by the government go to?
what was all the money spend on?

Kami sampai di jeti dalam petang lepas tengok bunga pakma (lom kembang lagi aduhai takde rezeki nak tengok bunga pakma kembang)...rancang nak keluar sebelum asar tapi tak sempat pula...keluar-keluar je dah sudah masuk asar.
Kami semua sedang kelaparan dan busuk la kan hehehe.
Nampak la tandas awam kat situ..
Ada yang nak terkucil, dan lebih penting lagi nak membersihkan diri..
Tengok-tengok tandas awam berkunci..
Jadi bagaimana kami mahu mandi lagi solat?
Nak keluar dari situ mengambil masa lebih kurang 1 jam dan lebih..(jika jalan perlahan sebab banyak lori balak)
Sempat ke nak kejar solat sebelum habis waktunya?

Tension makcik tau!!!
Ini yang makcik tak gemar ni..
Kasi roboh saje kan lah bangunan tu kalau setakat jadi monumen buruk kat situ.
Buang duit je bina bangunan tandas awam dan tempat mandi awam tapi tak pakai pun kemudahan tu.

Hujung minggu lepas pergi Ulu Bendul kat Negeri Sembilan dengan famili pulak..
mandi-manda kat sana..
sama kes la dengan the so-called "Royal" Belum ni.
we have all these facilities but no maintenance..
ada Taman Herba (yang takde herba) ,
ada Taman Rempah Ratus (yang takde ape-ape pon),
ada surau yang lusuh aje dari luar,
sampah-sarap MERATA-RATA (kononnya sebab cuti sekolah ramai pengunjung datang buat sepah dan tak jaga kebersihan),
ada kemudahan taman permainan yang ada takungan air warna hijau dan busuk lagi dan bersedia menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan chikungunya.
ohhhhhhhhhhhhhhhhhh..
kasihan sungguh.

dengar-dengar banyak kawasan rekreasi dah kena bayar kalau nak masuk..
seperti air terjun Kota Tinggi.

Berhati-hati di jalan raya.
Banyak betul kes kemalangan maut di kaca tv.

Kita sambut tahun baru dengan berita Palestin dibedil tanpa belas kasihan oleh rejim zionis.. Dan negara Mesir sebagai negara Islam yang sepatutnya membantu saudara se-Islam telah menutup sempadan dan menghalang bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan dan makanan dihantar ke Palestin.. Apa nak jadi ?
so saaaad!!
Harapkan pagar, Pagar memang tak boleh diharap...

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.