Wednesday, September 17, 2008

tauhu yang best sangat?

Dear Malaysians,
Muslims and Non-Muslims alike, I do not think you want to eat this tauhu!!!

There are so many irresponsible people out there who would do anything to make money.

Make sure we do not fall into this category of greedy people,
always keep our integrity, honour and principles,
and work on ensuring that we do not fall victims as well.
Bravo to KOSMO! who worked on and investigated this case.

SERBUAN KE ATAS KILANG KULIT TAUHU YANG SUNGGUH MENJIJIKKAN!!!

Tarikh : 10 September 2008 - Sungguh menjijikkan!!! Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk ditujukan kepada sebuah kilang yang memproses tauhu kering di kawasan Kajang apabila kilang tersebut terletak berhampiran dengan kandang anjing.

Kilang tersebut telah menjadi pengedar tauhu kering selama 4 tahun dan mengedar tauhu kering tesebut di kawasan Lembah Klang. Apa yang lebih menjijikkan lagi terdapat puluhan lalat yang menghurungi sebatian tauhu kering yang masih dalam pemprosesan dengan keadaan bau yang sangat busuk dan meloyakan.

Di samping itu juga, kilang tersebut menjadi laluan keluar masuk anjing-anjing yang dipelihara bersebelahan dengan kawasan kilang terbabit.

Serbuan tersebut telah dilakukan berdasarkan tinjauan pihak KOSMO! Yang sebelum ini membuat siasatan terhadap kilang tersebut berdasarkan aduan yang diterima daripada para penduduk dan mendakwa kilang tersebut diproses berhampiran dengan kandang babi.

Serbuan yang dilakukan pada jam 11.00 pagi itu turut disertai oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia(UTK PPIM).

Apa yang lebih mengecewakan, sijil halal kilang tersebut telah tamat tempoh pada tahun 2003 tetapi masih lagi menggunakan logo halal tersebut di bungkusan tauhu kering itu untuk memperdayakan pengguna.

PPIM difahamkan bahawa terdapat sebuah kolam kumbahan yang digunakan oleh kilang tersebut untuk memproses tauhu kering tersebut. Apabila ditinjau keadaan kolam kumbahan itu amatlah kotor dan sungguh menjijikkan dengan keadaan air yang kelihatan kehitaman-hitaman.

Kilang tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1000 oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mereka diminta untuk menghentikan operasi selama 2 minggu untuk tujuan pembersihan dan pemberian suntikan kepada para pekerja. Kandang anjing yang berhampiran telah diarahkan untuk merobohkan premis terbabit kerana tidak mempunyai sebarang lesen dan dikenakan kompaun sebanyak RM 25,000.

p/s: Pihak berkuasa dah serbu, dah tahu bahawa kilang ini langsung tidak mematuhi piawian kebersihan..setakat berhentikan operasi selama 2 minggu sahaja? dan denda rm25,000???

Sepatut nya pengusaha kilang ini dipenjara kerana mengeluarkan makanan secara kotor dan kemungkinan beracun dan mengakibat kan penyakit kronik seperti kanser dalam jangka masa panjang, kerana kandungan toksik/kekotoran yang tinggi di dalam tauhu yang dikeluarkan.

Hantar tauhu pergi lab buat test, cuba tengok apa kandungan utama dan kandungan "sampingan" tauhu tersebut.

Apa yang kementerian/pihak penguasa buat selama ni? selagi suratkhabar KOSMO! tak buat liputan, selagi itu goyang kaki kah?

Memetik kata-kata Karam Singh Walia :
Harapkan pagar, pagar memang tak boleh diharap..

Mengapa ini berlaku? mengapa mengapa mengapa?
Entah apa lagi yang kita makan di luar tu yang sebenarnya kotor dan menjijikkan tetapi kita tidak tahu..



No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.