Friday, September 19, 2008

Rumah dan Pengorbanan...

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu melalui taman syurga hendaklah kamu bertenang dan turut berdoa.”
Maka para sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, apa itu taman syurga?”
Lalu Rasulullah menjawab, "Majlis Zikir"
Hadis ini diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar.

(Saya mendapat ilham menulis ini daripada hasil bacaan dan juga tazkirah di masjid kat rumah...jika tidak kerana tazkirah itu, saya pun tidak terfikir akan hal ini...)

Saya jadi teringat cerita seorang teman di Indonesia yang punya pengalaman tak dapat dilupakan dengan seorang penarik beca.

Ketika itu teman saya harus menuju ke suatu tempat yang kebetulan tidak dapat di lalui oleh kereta.
Jadi keretanye di parking, lalu dia memanggil beca untuk mengantarnya ke tempat yang di tuju.

Penarik beca tersebut berhenti, tapi sebelum menyetujuinya, si penarik beca bertanya kepada teman saya ini,
“ Maaf bu, tapi sebentar lagi sudah masuk waktu dzuhur dan saya ingin ke masjid di depan gang itu untuk sholat dulu. Kalau ibu keberatan, silakan ibu mencari beca yang lain saja. “ ujarnya. “ Tapi bila ibu tidak keberatan, saya akan antar ibu setelah sholat. “

Jarang sekali kita menghadapi situasi seperti ini.
Betapa penarik beca ini mementingkan tanggungjawabnya kepada Allah,
sehingga dia menolak rezeki di depan mata kerana percaya Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan pengorbanan nya.
Bilakah kita dapat mencapai tahap keimanan seperti ini ??

Ingati kembali kisah Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk menyembelih anak nya Nabi Ismail a.s.
Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. sedia berkorban, dengan ikhlas taat kepada perintah Allah s.w.t.
Keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan mereka tidak Allah s.w.t sia-siakan.

Allah s.w.t. membalas pengorbanan mereka dengan memelihara keturunan mereka...
Buktinya ramai nabi dan rasul adalah dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan rasul junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w. adalah dari keturunan Nabi Ismail a.s.

Di bulan puasa, penuh masjid dengan para muslimin dan muslimat untuk solat terawih,tetapi ketika hari-hari lain dan dalam bulan Ramadhan juga, ketika solat fardhu, amat sedikit muslimin dan muslimat yang hadir.
Bagaimana pula keadaannya selepas Ramadhan berlalu nanti?

Sepatutnye ketika solat fardhu lah mesti ramai, tapi ini solat sunat yang dikejarkan para jemaah..
Bukan kah ini sudah terbalik?
Sedarkah kita akan keadaan ini?

Betapa penting nya masjid,sehingga hal pertama yang dilakukan Rasulullah s.a.w. ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membina masjid (Masjid Nabawi).
Dari sini, kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslim.
Masjid itulah yang menjadi pusat perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan risalah Islam.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.
Di bulan Ramadhan penuh berkat ini, sehingga syaitan di rantai,
dan ahli kubur tidak di azabkan sepanjang bulan ini.

Berkejar-kejar lah untuk membuat amalan dan memperbaiki ibadah kita.
Belum sempurna ibadah kita jika hanya dengan berpuasa sahaja, tetapi,
Isi lah dada dengan memenuhi rumah Allah (masjid dan surau) untuk menunaikan solat fardhu,
membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul dan basahi lidah kita dengan zikrullah.

LailatulQadar juga makin hampir..
Moga tahun ini kita dapat merasai betapa nikmatnya rahmat Allah s.w.t.

Moga kita semua dikurniakan Husnul Khatimah (Pengakhiran yang Baik)...Insya Allah.. Amin...

No comments:

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.