Wednesday, August 4, 2010

Taipei here I came!

It's been a long time since I updated my blog...lama dorman...macam-macam berlegar dalam kepala otak jek...

saya ni ada segan-segan sikit nak kongsi tentang diari kehidupan diri ini..ececece..maklum lah kiter ni kerdil je ibarat semut di tepi sawah..hmmm..ada semut ke di tepi sawah? hahaha..


Anyhow, this time i want to story about my trip to Taipei City.
ini kira trip terjah je...takde plan yang mencukupi pun.
cuma book tiket flight, kemudian booking backpacker's hostel room, printed out the list of Muslim restaurants around Taipei City, and printed out the list of interesting places to go.
My friends who had been there (and believe me they travelled alone a lot while they were in Taipei) said that the city is such a safe place to be and easy to go around town using public transport especially using the MRT.

They were so right!

AirAsia kasi down semangat la sebab flight booked pagi tapi boleh diaorg hantar sms kata flight delay sampai tengahari!!! membuatkan kami sampai di Taipei pada malam hari!!! ohhh! tension gila ok! membazir satu hari!


Touch down kat Taoyuan International Airport dalam pukul 8 malam gitu..dah gelap dah ape pon tak nampak..chis...(dah faham dah cara AA bergerak...kalau ada flight pagi atau masa awal di mana Tidak Ada syarikat penerbangan lain yang fly seawal itu, jangan amik la! itu namanya gerenti delay la tu hahahaha! Jangan maraaaa AA! saya lagi marah niii! :P~)

masa touch down dah lapar gila...nasib baik Kak Sam bawak roti gardenia sebuku..& beberapa bungkus air milo 3-in-1. believe me those were all we brought from KL,meggi pun tak bawak chisss...ye lah..tak budget la kita akan delay kan..kalau sampai waktu siang hari boleh la kami round satu Taipei cari restoran halal.

Taipei, and Taiwan in general is certainly a convinient country.
I would say, their infrastructure was built to serve the people.
The city is very well planned & organized, and it's structured for the disabled people as well.
Orang-orang yang kurang upaya yang bergerak dengan kerusi roda atau mereka yang buta rilek je boleh jalan-jalan sekitar bandar naik MRT, sistem jalan pun memang ada tempat untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan lengkap untuk mereka yang kurang upaya bergerak...
Best kan?

Papantanda ada bahasa rumi, jadi tak lah rasa blur tengok tulisan mandarin jek. dan rata-rata penduduk Taipei faham dan boleh la berbahasa Inggeris. Ada yang tak faham kami approach je terus diaorg lari hehe.

The buses from Taoyuan Airport to main city leave every 10 minutes.
with no delay..it is Awesome! i tell you..because it is something you do not (usually) get in our own beloved country hehe.


Nasib baik la book asrama backpacker betul-betul mengadap Taipei Main Station. Kat situ lah ada stesen keretapi besar macam KTM tu yang boleh travel satu Taiwan, kat situ lah ada MRT stesen (kat tempat kita LRT laa), kat situ lah ada stesen bas yang boleh jalan satu bandaraya Taipei atau satu negara...senang je nak cari bangunan asrama tu..dalam shopping mall jugak (Shin Kong Mitsukoshi Department Store).

Asrama ni lengkap dengan washing machine dengan sabun basuh jadi boleh la basuh baju sendiri kan. Semua kelengkapan lain seperti dapur pantry (nak buat air ke makan ke tapi masak tak boleh), peti ais, tv, dvd, PC with internet, seterika,tuala, pengering rambut, pencungkil telinga lengkap lah kan.


We stayed in EzStay Taipei @ Zhong Xiao West Road.
The owner is a Japanese, Mr Kenzo who married a local Taiwanese. Ramai orang Jepun kahwin dengan orang Taiwan, sampai bukak shopping mall Jepun gak la kat situ penuh dengan barangan Jepun..macam Taiwan tak buat barangan sendiri jek rasanya padahal..hehehe.

oh yeah.. and they love the Korean Wonder Girls so much I guess.. dalam shopping mall tu ada kedai elektronik; jual komputer & sekutu dengannya..semuaaaaaa PC & Laptops bukak video clip Wonder Girls ok! ( I want Nobody Nobody but You!)

Waw..ini cerita pun sudah panjang..baru intro jek!
nampak sangat seronok betul melawat Taipei ni.
sahabat saya kata dia bercuti di Taipei selama 16 hari pun tak cukup untuk melawat satu Taipei,ini kan kami yang kononnya rancang nak duduk 4 hari sahaja! apa yang bakal berlaku???? haaaaa...jeng jeng jeng!


Indah Nian...Bangunan kedua tertinggi di dunia dan kabus awan....(gambar ni dari google ok, kami punya kamera tidak cukup canggih untuk ambil gambar seperti ini, tapi anda boleh lihat pemandangan ini ketika menaiki Maokong Gondola)


Monday, February 15, 2010

It's a new year..1431H...2010...Year of the Tiger

Salam 1431 Hijrah ... Welcome 2010 ... ..Tahun Harimau hehe.

I know it's late from the start of 2010, and a few months later after the Hijrah 1431..and now..already Chinese New Year (^_^)

There were many resolutions I managed to list down last year and the year before, but till date still has not manage to either execute or just about to start or only just half-way or not even near to half-way accomplishment.


While listening to my favourite Taiwanese singer Jay Chou Jie Lun (I am such a big fan of this person ok! and I don't care what you say).
At this very moment while typing these words, I am listening to the song called Heart's Rain (Xin Yu) perghhhh..tajuk pun dah feeling habis ok! Hati menangis dan berhujan ok! ...agagagaga

I feel like time is passing by so fast,as I am, hastily trying but failing to catch up...and it's leaving me empty.

I received a sweet sms on the first day of 2010..it said "Happy New Year..Run a New Life & Forget the Past"
Reading this suddenly gave me a knock on the head...He's right..I think I have not let go of the past...eh..and I forgot to say thank you to the person who sent me that sms gagaga.

I have to re-assess my priorities..if I were to make my resolutions came true.
But it is easier to plan...and to dream.

At the moment the next song End of the World (Shi Jie Mo Ri) is playing...
I don't want my world to end just yet..and I don't want to give up so soon though I feel I almost going to.
I don't have enough to bring along for my ermm after life hahah

Oh...minggu depan hendak berangkat ke umrah untuk kali kedua.
Kali ni yang ikut bersama adalah saudara-mara dan rakan-rakan.
Ada pakcik kat opis berpesan..."you kena bimbing diaorang ni (rakan-rakan saya) masa kat sana.."
Alamak..saya membimbing jemaah? Gulppp (telan air liur) ....sangat risau.
Bimbing diri sendiri pon belum tentu lepas ni..
Lagi belum sempat buat revision/ulangkaji untuk ibadat umrah ni..
Adui!

So many things to do...Tuhanku, please give me the chance and space to settle them all.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair( Permudah kan lah urusanku, jangan lah Engkau susahkan urusanku, semoga segala urusanku berakhir dengan kebaikan) ...Amin Ya Rabbalamin.

"Dan aku amat merindui Tanah Suci..sentiasa..."

Thursday, October 8, 2009

berlari-lari dalam jerebu

salam Khamis..
cepat betul masa berjalan.
rasanya baru saje hari minggu sabtu ahad..
tetiba nak masuk hari minggu semula.

makin masa dikejar...makin jauh masa meninggalkan kita.
makin banyak yang di-impikan, makin menjadi sekadar mimpi-mimpi sahaja.
the more we try to catch up with time... the further it leaves us...
the more we try to reach our dreams, the more that they simply become just dreams.


sana sini bencana alam..di musim tengkujuh ni walaupun selalu hujan tetap jerebu teruk.
apa nak jadi ?

baru-baru ni ikut kawan lari relay di Ekiden Run.
dah la tido tak cukup, punya la seksa nak bangun kol 5 pagi..disuruh berlari pulak lepas tu.
takper lah belasah je la hehe.
dah lah badan tak fit..mahu dekat 2 tahun tak bersenam ni..
seperti yang disangka kan..memang semput!!!
tapi berjaya la menghabis kan larian ke stesen aku.
kalau tak mesti Hani marah huhuhu.

adakah aku akan menyertai acara larian seterusnya???
yaaaaaaaaaaaaaaaaa ! seperti yang tidak ku-sangka..
i registered myself for the next run!
damn!
ini semua ko punya pasal la Haniiiiii!

anyway got some pics (aku kan suka amik gamba!) dan sempat juga ambil gamba kawasan yang tanah nya macam nak runtuh tapi belum mahu runtuh..
tanah tu segan kot nak runtuh..jadi ia cuba bertahan selama boleh.
macam mana majlis perbandaran boleh luluskan projek pembinaan seperti ini?
ini mesti CF tipu depa tayang kat orang ni.
banyak kawasan seperti di Damansara memang tanah bukitnya ditarah habis-habisan..
nak tunggu banjir besar macam Filipina agaknya kan?

(People are stranded in Cainta, province of Rizal , eastern Manila)

(Residents clamber on electric wires to stay out of floodwaters while others wade neck-deep in Cainta Rizal, east of Manila)

(An aerial view aboard a Philippine Air Force chopper shows devastation brought by Tropical Storm Ketsana in Cainta, province of Rizal , eastern Manila)

Di bawah ni..Putrajaya huhuhu
(Tanah yang nak runtuh tapi tak mahu sebab tanah berasa kesian kat orang yang duduk dalam bangunan tu. Mungkinkah pihak berkuasa sedikit pon takde rasa kesian???
Kesiaaaaaaaaan (disebut dengan intonasi seperti dalam filem Allahyarham P.Ramlee iaitu filem Madu 3)...
kesian pada tanah, kesian pada orang yang duduk dalam bangunan, dan kesian kepada pihak berkuasa kerana tidak nampak keadaan ni...kena kasi pakai binocular kot biar terang pandangan mata hahaha..nyanyi sikit..

"dari kerana mata,

yang mempunyai kuasa,
oh, aku tergoda,
aku tergoda terpesona,
dari kerana mata...": lagu R.Azmi )

ok lah dah merepek tahap dewa...sekian..have a good day (^_^)

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan kan pergi..

Di saat ini aku dihujani rasa sedih dan risau.
Sedih mengenang kan Ramadhan yang hampir berakhir.
Risau mengenang kan amal ibadat yang tak seberapa.

Sesungguhnya hati ini terasa amat tenang di bulan Ramadhan.
Sejuk je..takde jiwa kacau.
Cuma badan terasa amat lemah sekali.
Nikmatnya kesihatan yang Allah beri.
Masa sakit baru tahu siksa tak siksa heheh.

Bulan ni rasa tak puas hati.
Mungkin terlalu banyak dosa dan kesalahan yang masih belum diampuni?
Minggu pertama puasa dah sakit,sakit sampai nak solat pun kena solat duduk.
isk isk isk...dugaan.
Medical leave sampai hampir sepuluh hari,
tak dapat pergi kerja dan tak dapat pergi Terawih.

Minggu-minggu selepas nya cukup sibuk, lagi sebagai perempuan ada masa-masanya tak boleh puasa, pun tak boleh Terawih juga.

Sampai lah tinggal 10 hari Ramadhan lagi.
Mampu kah aku?
Moga aku di beri kekuatan untuk beribadat kepada-Mu.

Tuesday, June 23, 2009

Wanted : Female kittens

saya sedang mencari anak kucing betina.
sesiapa yang nak bagi kucing betina pada saya,
sila la mesej saya ye!!! please!

tapi kucing anda mesti lah tak suka mencakar.
sebab saya tak pernah kena cakar dengan kucing-kucing saya.
jadi bila kena cakar dengan kucing lain terasa pelik hehe.

(this was my brother with all 3 a few months ago while the cats were still young)


i am looking for 2 female kittens, need to breed my current half-persian male cats..in this picture, there were 3, but now only left 2 because 1 was stolen??? well it went missing anyway..the M.I.A one name was Bluey because he has a pair of blue eyes..Now left Brownie and 2-eye.

if you wish to give away your female kittens pleaseee let me know..
but your kitten/cat must not be the type that scratch unnecessarily.
fyi, i was never scratched by any of my cats.

Contact me. Thank you. I highly appreciate it.

Thursday, June 18, 2009

Sebidang Tanah yang penuh Berkah (berkat)


Saya di dapur pejabat, sedang buat air Indocafe saya. (Indocafe ok! walaupun Nescafe juga menjadi kesukaan. Selain itu Kopi Tenom Sabah dan juga Kopi Aik Cheong pun sedap giler! serius tak tipu!)


Datang salah seorang rakan sekerja yang juga mahu membuat air kopinya.


“Dah hari khamis dah ye wana…tak terasa pun” kata Pak Azhar.


“Ye lah..rasa cepat sangat..sekarang pagi..tetiba dah tengahari..lepas solat zohor, dah petang..tetiba dah nak balik dah..balik rumah, tido..Esok nya dah hari baru..cepat sangat.

Tapi kalau duduk kampong, terasa masa itu perlahan-lahan berjalan,tetapi bagus lah begitu, kerana kita dapat merasakan betapa nikmatnya hari itu.

Kat sini tak rasa nikmat pun, sebab sekejap je satu hari tu dah habis.. ntah apa buat satu hari tu pun tak tau..alangkan nak makan pun terkejar-kejar..mana nikmat makan terkejar-kejar kan?” kata saya pulak.


“Itulah..saya pun terfikir macam mana la kehidupan kita sekarang ni. Kalau dulu ayah saya ada sebidang tanah je, dengan sebidang tanah itu lah dia bercucuk tanam dan usahakan untuk menyekolah kan 7 orang anak.


Boleh hantar pergi belajar mengaji, bersekolah, sehingga ke universiti.


Lepas tu solat tak tinggal. Tiap-tiap waktu solat boleh pergi surau.


Kemudiannya apabila ada keraian atau majlis di kawasan kampong, ayah saya tak pernah tak hadir…mesti hadir! Baik kenduri kahwin, ada kematian, atau orang sakit, ayah saya mesti ada masa untuk diluangkan…


Kita? Memanjang takde masa” katanya panjang lebar.


“Iyer lah, padahal masa tu sama je kat mana-mana pun” ujar saya.


“Kerana apa yang ayah saya dan orang-orang tua dulu kerjakan itu penuh berkah” sambung Pak Azhar.

“Dengan adanya berkah itu lah dia berjaya dalam hidup dia.


Dari segi ibadat dia berjaya (kerana tak pernah tinggal solat dan solat pun berjemaah di surau dan masjid).


Dari segi hidup jiran tetangga pun berjaya (kerana tidak pernah ketinggalan menghadiri atau melawat jiran-jiran dalam apa jua keadaan).


Dari segi mendidik keluarga pun berjaya (kerana anak-anak semua sudah pun berkerjaya dan berkeluarga, tidak menyusah kan dia lagi).


Tubuh badan sihat lagi..kerana hari-hari bekerja keras bercucuk tanam, bercangkul dan sebagainya. Tak perlu pergi ke gym, dah la gym kena bayar pulak.


Hidup sentiasa tenteram..tiada stress, tiada tension, tiada kekeliruan dalam melayari kehidupan.


Semuanya adalah dari hasil bumi yang dikerja kan dengan empat tulang keratnya…berkah..memang berkah. Hanya sebidang tanah sahaja wana…takde yang lain.


Orang kampong dengan sebidang tanahnya. Kalau dia rajin bekerja mengusahakan tanahnya, banyak lah rezeki. Jika dia malas, tiada lah rezeki. Tapi apa-apa pon semua untung rugi di tangan dia. Bukan macam kita.


Tengok kita ni, kerja di pejabat, apa yang kita dapat? Sedangkan kita berbual-bual atau berborak-borak sesame sendiri di ofis ni pun dah kira salah..kerana dikira tak buat kerja.


Solat pun tak tentu masa..ada masa tepat pada masa, ada masa terlambat.

Kalau ada majlis atau kenduri ada masa kita boleh pergi, kebanyakan masa tak boleh.


Walaupun ada increment dan bonus, duit asyik tak cukup je. Walaupun gaji tetap tiap-tiap bulan, di akhir bulan mesti rasa kesempitan.


Ke mana perbelanjaan kita? Rugikah kita? Atau Untungkah kita?


Jadi bagaimana? Adakah berkah rezeki kita? Yang pasti nya kita akan disoal selepas mati nanti.


Fikir-fikirkan.”


Begitulah cerita Pak Azhar pagi ni.


Ok...Apa yang patut saya buat sekarang?


Uwargghh!

Wednesday, April 29, 2009

aku yang clumsy....cintailah bahasa kita.

salam Rabu...hari ni sempat tengok matahari naik perlahan-lahan menerangi langit Malaysia.

mula-mula merah-merah warna langit...macam senja pulak.
dah terfikir nak tido balik ni..
sebab sakit kepala, membawa kepada keinginan untuk berbaring semula.
tapi mesti pergi kerja..

fuh...kalau lah boleh tidur kan nikmat! hehehe..

Membuat ku terfikir..nak pergi berenang la lepas ni.

wajib aktif kan badan..
walaupun baru je menang main futsal itu hari..
tapi tindak balas badan sudah kembali lembab (slow macam sloth)
disebab kan sloth tu terlampau perlahan pergerakkan nya sehingga sudah pun pupus di muka bumi ini...

gulp! Kesiannn...semuanya salah manusia.

anyhow, this story is about the clumsy me.
ada satu hari minggu tu saya menghadiri Wacana Ilmu di Kajang.
bagus betul wacana tu...ia menerangkan kenapa kita mesti memartabatkan bahasa kita.
Kalau bukan kita yang mahu menggunakan bahasa kita, siapa lagi? betul tak?
The fastest thing that is going to extinction today is not just flora and fauna, but languages.
Discovery Channel even has joined forces with UNESCO to help save endangered languages.

"Thousands of the world's languages are vanishing at an alarming rate, with 90 percent of them being expected to disappear with the current generation," warned Daniel Abrams and Steven Strogatz, both of Cornell University in New York. --> from Language's Status Drives Its Survival
By Bob Beale, ABC Science Online

Sedang kami berehat untuk minum, saya nak lah duduk bersebelahan peserta lain.
Saya sedang bawa air kopi dan mihun goreng.
Sedang nak lalu ke kerusi tu saya angkat la tangan sebab ada orang lain duduk di kerusi sebelah kerusi yang kosong tu.
Terjatuh beg saya dari bahu saya dengan gelas air tu sekali, tertumpah air atas lengan saya dan tudung makcik kat kerusi sebelah!!!
alamakkkkkkkk!!!
(aku tertumpah kan air kopi panas atas tudung orang!)
nasib baik dia pakai tudung, kalau dia tak pakai tudung ????

mangkuk betul la!!! macam mana la aku ni?
she was pretty angry, but kept quiet most of the time.
aku minta maaf sangat-sangat, tapi!! nasi dah jadi bubur..
atau..air dah jatuh ke tudung....hahahaha..
aku terus hilang mood nak makan (padahal tadi kebuluran)

aduih...need to exercise!

anyhow, i am not the only clumsy one.
jumpa satu blog yang menceritakan bagaimana purse dia jatuh dalam sambal sardin kat kedai makan masa baru bayar makan tengahari kat kedai tu...hahahaha! lawak betul lah!

baca kat sini --> http://zetty.blogspot.com/2009/04/jatuh.html

Kesimpulannya, berhati-hati ketika anda bersama-sama saya.
Kalau saya tertumpah kan apa-apa, saya minta maaaaaaaaaaaaf banyak awal-awal ye!

Nanti sambung pula pasal wacana bahasa tu..
Sempat ambil gambar Hassan Ahmad, yang dulunya ketua Dewan Bahasa dan Pustaka,
yang tidak pernah kenal letih dan gentar dalam memperjuangkan bahasa kita.

kalau difikir-fikirkan semula, bahasa ibunda (mother tounge) itu kita panggil ibunda,
jadi mestilah dijaga dan ditatang seperti ibunda kita sendiri juga, betul tak?
Fikir-fikirkan yek..

Have a great day!

briefly introducing...

My photo
Subang Jaya
Everything written here are from my experience & personal opinions. Thank you for reading.